Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: India Catat Kes Kematian Kedua

Gambar:Darpan Magazine

NEW DELHI, 14 Mac (Bernama) — India mencatatkan kematian kedua akibat COVID-19, membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun di bandar raya New Delhi, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik kenyataan pihak berkuasa, pesakit yang merupakan penghidap penyakit kencing manis dan hipertensi itu pernah berhubung dengan pesakit COVID-19.

“Sampelnya diambil 8 Mac, bagaimanapun, disebabkan komorbiditi (dua atau lebih penyakit dihidapi serentak), dia meninggal dunia pada 13 Mac di Hospital RML, Delhi.”

Kementerian Kesihatan mengatakan sehingga Jumaat malam sejumlah 82 kes disahkan COVID-19 dilaporkan, 17 daripadanya warga asing.

Kematian pertama dilaporkan pada Khamis.

Perdana Menteri Narendra Modi dalam Twitternya pada Khamis menggesa rakyat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak panik.

— BERNAMA