PUTRAJAYA, 7 Jan – Johor mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi pada hari ini dengan pertambahan 1,103 kes.
Berdasarkan infografik Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan tersebut menjadikan kes COVID-19 di negeri selatan itu meningkat ke 9,002 kes.
Sementara itu, Selangor pula mengikuti Johor dengan 706 kes baharu hari ini, diikuti Sabah dengan pertambahan 493 kes.
Bagaimanapun, Perlis kekal menjadi negeri yang mempunyai kes COVID-19 terendah di negara ini dengan hanya mencatatkan 47 kes setakat hari ini.
Malah tiada sebarang pertambahan kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.
Sumber: KKM
