Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: Jumlah Korban Nyawa Kini Lepasi Angka 2,000

Amira
Kredit: Google

Beijing, 19 Feb – Angka kematian akibat koronavirus COVID-19 di sini melepasi 2,000 hari ini selepas 136 lagi kematian dicatatkan, menjadikan kes jangkitan di China 74,185.

Sebanyak 2,007 kematian dilaporkan di seluruh dunia, kebanyakan daripadanya berlaku di wilayah Hubei, pusat penularan wabak sejak Disember lalu.

Selasa lalu, pengarah hospital di Wuhan menjadi staf kesihatan ketujuh yang menjadi korban COVID-19.

Walaubagaimanapun, jumlah kes baru di China semakin berkurang setiap hari, lapor Channel News Asia.

Dalam laporan harian tempatan, Suruhanjaya Kesihatan China merekodkan 1,749 kes terbaru, jumlah terendah kes sepanjang tempoh 24 jam dalam bulan ini.

Gambar: KKM

Menurut pegawai kesihatan China, jumlah kes baru yang semakin berkurangan setiap hari menunjukkan wabak berjaya dikawal.

Sumber: Channel News Asia