Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Jumlah Zon Merah Kekal 30 Daerah

KUALA LUMPUR, 20 April — Jumlah Zon Merah COVID-19 di seluruh negara kekal 30 daerah dengan 17 daripadanya mencatat jumlah kes aktif lebih 40 kes, setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, 17 Zon Merah itu membabitkan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing empat daerah, manakala Melaka (dua), Negeri Sembilan (satu), Johor (dua), Pahang (satu), Sarawak (dua) dan Sabah (satu).

Di Selangor, Zon Merah dengan jumlah kes aktif melebihi 40 adalah Petaling (111), Hulu Langat (106), Gombak (43) dan Klang (69); sementara di Kuala Lumpur, Cheras (41), Kepong (85), Lembah Pantai (343) dan Titiwangsa (57).

Manakala di Melaka melibatkan Jasin (42) dan Melaka Tengah (65); Seremban, Negeri Sembilan (129); Johor Bahru (73) dan Kluang (86) di Johor; Kuantan, Pahang (76); sementara Kuching (220) dan Kota Samarahan (56) di Sarawak serta Tawau, Sabah (42).

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (20-40 kes), Zon Kuning (1-19 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,343 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah seluruh Malaysia:

Negeri/Daerah

Kes

Kes Aktif

Perak

Hilir Perak

65

2

Kinta

94

7

Selangor

Sepang

70

19

Petaling

375

111

Hulu Langat

446

106

Gombak

144

43

Klang

173

69

Hulu Selangor

50

10

Kuala Lumpur

Cheras

85

41

Kepong

157

85

Lembah Pantai

628

343

Titiwangsa

134

57

Putrajaya

64

23

Negeri Sembilan

Seremban

304

129

Rembau

53

2

Melaka

Jasin

68

42

Melaka Tengah

88

65

Pahang

Kuantan

121

76

Jerantut

72

13

Johor

Batu Pahat

53

13

Kluang

222

86

Johor Bharu

192

73

Muar

47

23

Kulai

45

23

Kelantan

Kota Bharu

90

6

Sarawak

Kuching

260

220

Kota Samarahan

62

56

Sabah

Tawau

80

42

Kota Kinabalu

44

18

Lahad Datu

42

10

JUMLAH

4,328

1,813

Sumber: BERNAMA