Putrajaya, 23 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau PKP secara lokal jika kes baru COVID-1 selepas ini.
Dalam kemaskini mereka, KKM berkata pelaksanaan PKP itu mungkin akan dilakukan di lokasi yang mempunyai peningkatan kes baru COVID-19.
“KKM tidak menolak kemungkinan mengadakan PKPD atau PKP secara lokal jika kes baharu terus meningkat di kawasan terlibat.
“KKM juga akan menggunakan strategi tertumpu untuk saringan COVID-19 kumpulan berisiko tinggi,” tulis KKM.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan r-naught dari 0.3 kepada 1.3 merupakan sesuatu yang membimbangkan.
Katanya, kes boleh naik mendadak dalam tempoh terdekat jika angka itu meningkat kepada 1.6.



Sumber: KKM