Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“COVID-19 Membawa Pelbagai Pengajaran Dan Hikmah” – Ustaz Kazim

Gambar: Google

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan kerajaan sehingga 28 April 2020 dilihat mendatangkan pelbagai cabaran buat seluruh warga Malaysia.

Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dalam pada itu merasa terpanggil mengulas isu ini.

Menurut beliau, tempoh ini banyak mengajar kita untuk berubah daripada norma biasa. Namun katanya, semua ini membawa hikmah dan pengajaran buat kita semua.

“Setengah orang suka PKP…walau tak bekerja tetapi gaji jalan macam biasa. Ada yang termenung sebab pendapatan hariannya tidak ada. Yang lain pulak hanya mampu menelan air liur melihat jualannya tidak serancak dulu. Yang paling hebat ialah pejuang di barisan hadapan baik di hospital atau yang bertugas memastikan PKP dipatuhi.”

“Apapun sekurang-kurangnya ada juga bantuan untuk semua peringkat dalam tempoh ini yang disalurkan. Syukur. Yang dok fikir nak puasa macam mana.. bagi yang selalu meniaga di bulan Ramadan dulu boleh jugak meniaga daripada kuih sampai ke lauk. Daripada langsir sampai ke butang baju..belum masuk buluh lemang dan daun palas pun boleh dapat hasil,” kata Ustaz Kazim.

“Tapi dgn COVID-19 ini semua bertukar.. kena tukarkan kepada cara hidup yang baharu..lain daripada biasa. Harap-harap bolehlah kaum bapa menjadi imam terawikh nanti.. ibu dan anak-anak akan sibuk memasak untuk berbuka macam dulu-dulu.”

“Anak-anak muda banyak masa dirumah tak macam biasa.. baharu sekarang suami rasa teh tarik isteri lagi sedap daripada kedai nasi kandar..,”

“Segala-galanya kena berubah..kadang-kadang termenung kita bila dok bilalah nak berakhir COVID-19 ini..duduk dalam rumah saja sudah menjadi bosan bagaimana dengan rasanya burung yang di dalam sangkar? Walau ada makan dan minum tetapi tetap terkurung.. sian kat burung.. macam mana kita yang nak bebas bergerak agak-agak burung nak bebas atau tidak..,” katanya.

“Apapun COVID-19 membawa pelbagai pengajaran dan hikmah. Hanya yang bijak akan mengenal sesuatu yang Allah nak beri. Bilakah wabak ini akan berakhir?”

Ustaz Kazim juga mengingatkan agar kita patuhi perintah PKP. Dalam masa yang sama, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. “Mohonlah kepada Allah, Dialah Yang Maha Berkuasa Lagi Bijaksana. May Covid-19 end soon, InsyaAllah,” kata Ustaz Kazim.

Sumber: Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias