Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 13 kes positif Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 5 negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19.
Negeri yang terlibat adalah negeri Pulau Pinang sebanyak 3 kes, Selangor sebanyak 1 kes, Sarawak 1 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 7 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 1 kes.

Daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, sembilan (9) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. Sembilan (9) kes import tersebut adalah dari negara:
China(2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
India(2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Jepun(2 kes: satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu (1) kes di Selangor).
Ireland(1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Indonesia(1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Yaman(1 kes di Sarawak); dan
Kesemua empat (4) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia.
Sumber: Kp Kesihatan