Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
United Kingdom (UK) mencatatkan 106,122 kes positif hari ini dan merupakan rekod kes harian tertinggi sepanjang pandemik COVID-19.
Menurut Independent, peningkatan luar biasa ini berlaku susulan penyebaran varian baharu Omicron di UK beberapa minggu kebelakangan ini. Ia merupakan kali pertama negara Britain melepasi kes harian enam angka.
Ekoran peningkatan mendadak di negara tersebut, beberapa wilayah mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sempena perayaan Hari Natal. Malah Scotland turut membatalkan acara tahunan di Edinburgh, dikhuatiri bakal ‘menyumbang’ kepada penularan.
Pun begitu, Perdana Menteri UK, Boris Johnson memutuskan bahawa England tidak akan kembali kepada SOP mengekang seperti sebelumnya. Masyarakat setempat turut dibebaskan berkunjung ke festival-festival bagi menyambut perayaan Natal.
Kadar kes COVID-19 di UK yang memerlukan rawatan di hospital menunjukkan trend peningkatan di mana 8,008 orang pesakit COVID-19 dirawat di hospital Selasa lalu. Pun begitu, angka ini dikatakan masih jauh dari rekod terburuk penggunaan katil hospital untuk pesakit COVID-19 iaitu 39,254 kes Januari lalu.
Sumber: Independent