Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID: Hanya Satu Kluster Masih Aktif Di Sabah – Masidi

Gambar Via Bernama

KOTA KINABALU, 13 April (Bernama) — Hanya tinggal satu sahaja kluster COVID-19 yang masih aktif di Sabah pada masa ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah bagaimanapun tidak menamakan kluster berkenaan.

“Perkembangan baharu itu susulan penamatan satu kluster iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom, hari ini,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sementara itu Masidi berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 369,557 kes, dengan satu kes kematian dilaporkan di Sipitang.

“Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus pada hari ini sekali gus memperlihatkan bahawa risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

“Justeru, masyarakat diminta agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan khususnya semasa mengunjungi gerai-gerai Ramadan,” katanya.

Sumber: BERNAMA