Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Cuaca Panas, 3 Kawasan Di Semenanjung Pada Tahap Berjaga-Jaga
Tiga kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) susulan cuaca panas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa tiga kawasan tersebut ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
Menurutnya, tahap berjaga-jaga ditentukan berdasarkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Terdahulu, MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Sarawak sehingga jam 7 malam ini.
Ia melibatkan daerah Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.