Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cuaca Panas, Kurang Hujan Dijangka Landa Kebanyakan Tempat Hingga Pertengahan Mac

Athirah
Cuaca Panas
Kredit: Bernama

Cuaca Panas, Kurang Hujan Dijangka Landa Kebanyakan Tempat Hingga Pertengahan Mac

Kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka mengalami cuaca panas serta kekurangan hujan sehingga 15 Mac 2026.

Menerusi hantaran Malaysian Meteorological Department di Facebook, analisis terhadap model-model ramalan cuaca mendapati keadaan itu dijangka berlaku di kebanyakan kawasan, khususnya di utara serta pedalaman Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, situasi berbeza dijangka berlaku di timur Sabah apabila penumpuan angin diramal berlaku pada 10 hingga 11 Mac yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi kawasan timur Sabah yang berkuat kuasa dalam tempoh berkenaan.

"Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," ujar METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada, peka ramalan cuaca

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber:Facebook