Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dah 3 Hari ‘Lost Contact’, Anak Harap ‘Kuasa Viral’ Kesan Mak Yang Hilang, Lokasi Terakhir Di Segamat

Gambar via Twitter

Media sosial kini dikenal sebagai platform terpantas untuk menyampaikan maklumat penting, tambahan pula dengan ‘kuasa viral’ yang diyakini mampu menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih cepat.

Oleh itu, pengguna Twitter ini melalui akaun @the__yooniks meminta bantuan warga net mendapatkan maklumat bagi mencari ibunya yang dikatakan telah tiga hari gagal dihubungi. Lokasi terakhir wanita berkenaan dikenalpasti di Bandar Segamat, Johor 3 Januari lalu.

Tiga hari gagal dihubungi, lokasi terakhir di Segamat

Assalamualaikum dengan kuasa tweet ni, hope semua boleh tolong saya cari mak saya yang dah tiga hari tak dapat contact dia, last location dekat Segamat, Johor. Harap warga Twitter tolong retweet dan bantu saya. Saya risau sangat.

Gambar via Twitter

This is how my mom looks like. Please anyone yang nampak my mom please inform kat I sebab I takut something bad happen to her and already made police report.

Gambar via Twitter

Siapa-siapa warga Johor ke ternampak my mom or pernah nampak please inform me. I am so worried about her.

Menurut ciapan pengunggah, mereka adik-beradik tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada wanita tersebut kerana ibunya dikatakan keluar tanpa memberitahu mereka. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat atau pernah ternampak wanita ini, boleh hubungi pengunggah dengan kadar segera.

Sumber: Twitter