Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dah Sahkan Kehadiran, Pengantin Nekad Tuntut Ganti Rugi Daripada Tetamu Tak Datang Kenduri Kahwin Mereka

The Indian Express

Sepasang pengantin baru di Chicago, Amerika Syarikat nekad untuk menghantar invois bagi menuntut ganti rugi daripada tetamu yang tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan NBC 5, pasangan pengantin berkenaan berang dengan tindakan 8 orang tetamu berkenaan yang tidak munculkan diri, biarpun sudah membuat pengesahan kehadiran, sekaligus menyebabkan mereka menanggung kerugian.

Perkara berkenaan pantas menjadi viral dan menjadi perdebatan dalam kalangan netizen selepas pengantin lelaki, Doug Simmons, 44, memuat naik invois tuntutan tersebut ke akaun facebooknya.

Menurut Simmons, ia tidak menjadi satu masalah sekiranya tetamu-tetamu berkenaan memaklumkan lebih awal ketidakhadiran mereka. Dia merasa kecewa kerana tetamu-tetamu ini tidak menghormatinya kerana gagal hadir tanpa memberikan sebarang alasan memandangkan dia sudah pun mengeluarkan wang menempah meja, makanan dan sebagainya.

Simmons mengeluarkan belanja sebanyak USD 120 (RM 498) bagi setiap tetamu, dimana 109 orang tetamu termasuk 8 individu berkenaan sudahpun membuat pengesahan untuk hadir.

”Disebabkan kamu tidak menelefon kami dan tidak memaklumkan lebih awal ketidakhadiran kamu, ini jumlah ganti rugi yang kamu perlu bayar selepas kami menempah tempat duduk untuk kamu. Bayaran boleh dibuat melalui PayPal atau Zelle,” menurut kenyataan invois berkenaan.

Simmons menuntut bayaran ganti rugi sebanyak USD 240 (RM 997) setiap seorang.

Sumber: NBC 5