Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dah Selesa Sewa, Lelaki Buntu ‘Owner’ Nak Jual Rumah, Tindakan Seterusnya Memang Buat Puas Hati

Selesa sewa

Dah Selesa Sewa, Lelaki Buntu ‘Owner’ Nak Jual Rumah, Tindakan Seterusnya Memang Buat Puas Hati

Realiti ekonomi pada masa kini dilihat semakin mencabar. Pelbagai komitmen yang perlu ditanggung, terutamanya bagi kos untuk menyediakan tempat berteduh, iaitu rumah. Tak kisah lah menyewa atau beli rumah sendiri, kedua-duanya mempunyai cabaran dan risikonya yang tersendiri.

Setiap orang ada cabarannya yang tersendiri. Begitu jugalah bagi kisah realiti seorang lelaki ini, dia menghadapi beberapa cabaran dalam memastikan dapat berteduh di tempat yang selesa.

Dah Selesa Sewa Bilik, Tapi Ada Masalah

Lelaki tersebut, dikenali Abdullah merupakan seorang pejuang mendapatkan pekerjaan. Setelah beberapa sesi temuduga kerja tidak berjaya, Abdullah mendapat idea untuk membuat servis penghantaran makanan di sebelah siang dan membantu di gerai burger di sebelah malam. Pada awalnya, dia menyewa bilik bersama orang lain, namun agak tidak selesa sebab ragam-ragam penyewa yang lain.

Setelah berpindah, Abdullah mengakui bahawa dia menyukai rumah sewa yang disewa ketika itu. Namun, langit tidak selalunya cerah, tuan rumah dia menghubungi dan katakan bahawa ingin menjual rumah yang disewanya.

Nak Beli Rumah, Tapi Kerja Biasa-biasa Saja

Menyedari hanya bekerja sebagai penghantar makanan dan menjual burger, mungkin agak mustahil untuk mempunyai rumah sendiri. Namun, usaha sudah pasti tidak mengkhianati hasil, sebab pada akhirnya Abdullah berjaya memiliki rumah sendiri dan hidup dengan lebih selesa.

Tapi bagaimana yang bekerja sendiri sebagai penghantar makanan dan menjual burger boleh beli rumah?

Di sinilah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) memainkan peranan penting, membantu Abdullah mendapatkan akses kepada pembiayaan perumahan walaupun mempunyai pendapatan yang tidak tetap.

Dengan bermulanya kehidupan baharunya di rumah sendiri, ia bagaikan sudah ‘Merdekakan Diri’, sama seperti mesej yang dibawa oleh video kemerdekaan SJKP ini. Kisah realiti dalam video tersebut mengetengahkan kisah Abdullah dan bagaimana golongan berpendapatan tidak tetap turut mempunyai peluang untuk memiliki rumah sendiri. Video ‘Merdekakan Diri’ dari SJKP ini boleh ditonton di bawah:

Peranan SJKP

Bagi yang belum tahu, SJKP merupakan badan yang membantu orang ramai terutamanya yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pembiayaan perumahan pertama menerusi jaminan kepada institusi kewangan yang menawarkan pinjaman perumahan. Apa yang lebih penting, SJKP untuk menyokong golongan yang bekerja sendiri tanpa penyata gaji dan menyakinkan pihak terbabit untuk memberikan pinjaman perumahan.

Intipati
  • Abdullah bekerja sebagai penghantar makanan siang hari dan membantu gerai burger pada malam.
  • Dia selesa menyewa rumah, namun tuan rumah memaklumkan hasrat untuk menjual kediaman itu.
  • SJKP membantu pemohon berpendapatan tidak tetap mendapatkan pembiayaan untuk rumah pertama mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan