Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dakwaan jalan raya rosak
Kredit: Bernama

Dakwaan Jalan Raya Di Lokasi Kemalangan Rosak Tidak Benar – Ahmad Maslan

Azizah Najib

Dakwaan Jalan Raya Di Lokasi Kemalangan Rosak Tidak Benar – Ahmad Maslan

TUARAN, 10 Jun (Bernama) — Dakwaan kononnya jalan raya di lokasi kemalangan ngeri yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam, rosak dan berlubang adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata walaupun jalan berkenaan tidak 100 peratus rata, namun keadaannya adalah baik dan kali terakhir diselenggara pada 6 Jun lepas.

“Sebagaimana yang ditularkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya akibat jalan berlubang tayar bas berkenaan pecah dan menyebabkan kemalangan itu. Saya ingin menyatakan tidak ada tayar yang pecah pun dan tidak ada jalan yang berlubang.

“Tidak wajar tularkan berita yang tidak benar dalam media sosial yang membangkitkan rasa tidak puas hati khususnya pada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melaksanakan (kerja) membaiki jalan dan jalan itu ialah Jalan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek cerun di Sekolah Kebangsaan Tanghilan di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berdekatan Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar terbabit berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus mereka di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

Ahmad berkata pemantauan terhadap jalan di lokasi kejadian juga mendapati terdapat papan tanda yang menyatakan ‘selekoh di hadapan adalah kawasan kemalangan’.

“Namun apa pun terjadi kita serahkan kepada pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan berkenaan. Kita tidak mahu tuduh menuduh terutamanya tentang teknikal,” katanya.

Beliau berkata mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebanyak 80 peratus daripada kemalangan yang berlaku di negara ini disebabkan oleh kecuaian pemandu.

“Sebanyak 13 peratus lagi berpunca daripada keadaan jalan, manakala tujuh peratus disebabkan masalah kenderaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA