Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kenyataan tular berkaitan dakwaan pembatalan penggunaan Dewan Orang Ramai Petaling di Jelebu bagi program Back To School pada 13 Mac lalu adalah tidak tepat.
Hal tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menerusi satu kenyataan media semalam.
“Kerajaan Negeri melihat kenyataan ini tidak tepat dan mengelirukan kerana Majlis Daerah Jelebu tidak pernah meluluskan penggunaan dewan tersebut dan permohonan diterima pada 11 Mac 2022 iaitu sehari waktu bekerja sebelum cadangan penggunaan.
“Ahli Parlimen Jelebu sendiri pernah membangkitkan isu penggunaan dewan, pejabat, tempat premis bertutup, tempat terbuka, dataran di Negeri Sembilan di dewan rakyat pada 24 Ogos 2020 semasa sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan dan telah maklum dasar semasa pihak berkuasa negeri berkaitan premis tersebut,” maklum kenyataan tersebut.
Terdahulu, Ahli Parlimen Jelebu, Dato Seri Jalaluddin Alias mendakwa penggunaan dewan orang ramai tersebut dibatalkan oleh pegawai daerah Jelebu ketika di saat akhir.
“Dewan Petaling antara beberapa dewan yang dibina di Jelebu untuk kemudahan orang ramai. Malangnya, pagi ini dalam program ‘Back To School’ terpaksa diadakan di luar dewan ekoran kelulusan penggunaan dewan dibatalkan oleh pegawai daerah Jelebu di saat akhir.
“Pegawai Daerah tolong jawab. Inikah etika dan prinsip seorang Ketua Daerah? Jangan perkotak-katikkan orang Jelebu kerana kepentingan politik. Saya akan terus bersuara demi rakyat dan keluarga Jelebu,” maklum beliau.
Jalaluddin berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebooknya baru-baru ini.