Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Serah Lebih 5,000 Hektar Tanah
Kredit: Bernama
Dakwaan Serah Lebih 5,000 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tidak Benar - Anwar

BERNAMA

Dakwaan Serah Lebih 5,000 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tidak Benar - Anwar

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Malaysia menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan kepada Indonesia.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab, Anwar berkata dakwaan berkenaan merupakan satu penyalahgunaan kebebasan bersuara oleh pembangkang yang menyebarkan maklumat palsu, menggunakan fakta salah serta memperalat sentimen agama untuk mengelirukan rakyat.

"Ini masalah pembangkang yang menggunakan kebebasan bercakap untuk merapu, berbohong, menggunakan Islam dan nama Islam untuk menipu serta menyebarkan fakta yang salah.

"Kalau dia tanya kami, minta Perdana Menteri beri penjelasan tak apa. (Ini tidak) dia buat hukuman, menipu terus menerus. Saya tak boleh terima alasan sebegini. Ini bukan perangai pembangkang yang wajar dalam negara kita," kata beliau.

Anwar mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada kerajaan Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan dan menggesa kerajaan membincangkan perkara itu di Parlimen.

Mengulas sama ada kerajaan akan memberi penjelasan lanjut di Parlimen berkenaan perkara itu, Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian tidak perlu memandangkan tuduhan terbabit jelas bersifat palsu dan berniat jahat.

"Tak perlu beri penjelasan. Mereka yang membuat tuduhan, menipu dan memfitnah secara berterusan mesti bertanggungjawab. Kita tidak boleh terima kaedah politik yang buruk dan busuk seperti ini," kata beliau.

Sumber:BERNAMA