Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dari Ratusan Ribu Kubur, Burung Merpati Seperti Tunjuk Ini Kubur Ibu

Iqbal Yasir
Burung Merpati

Dari Ratusan Ribu Kubur, Burung Merpati Seperti Tunjuk Ini Kubur Ibu

Tanah Suci sememangnya menyimpan pelbagai kisah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Setiap tahun, jutaan tetamu Allah hadir membawa harapan, doa dan cerita sepanjang menunaikan Rukun Islam Ke-5 ini.

Siapa sangka, di sebalik kemanisan beribadah di Kota Suci, rupanya ada 'cerita' tersendiri yang dialami oleh para jemaah.

Ada yang berdepan dengan ujian malah, tak kurang juga yang terpilih untuk melihat sendiri tanda-tanda kebesaran Allah SWT, sehingga meninggalkan kesan dalam kehidupan mereka.

Sekumpulan burung Merpati berkumpul di satu kawasan di tanah perkuburan

Bersama Pembimbing ibadah haji di Tanah Suci, Ustaz Haji Mohd Firdaus Mohd Salleh menyingkap salah satu pengalaman pelik di Tanah Suci.

Menurutnya, beliau saksi kepada satu pengalaman pelik ketika menemani seorang jemaah berusia 60 tahun yang ingin melepaskan rindu di pusara ibunya di Tanah Suci

"Ustaz, boleh tak teman saya cari kubur mak saya, dari kecil mak saya meninggal," tanya jemaah tersebut.

Difahamkan, selama ini dia tidak pernah berpeluang menziarahi pusara ibunya dan hanya selepas mendapat rezeki menunaikan haji, barulah hasrat itu dapat dilaksanakan.

Tidak seperti kubur di Malaysia, tanah perkuburan di sana tidak meletakkan tanda nama, sebaliknya ditandakan nombor.

Tambah Ustaz Firdaus, beliau tidak pasti sama ada mereka dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan pada waktu itu kerana sebelum ini tidak pernah melakukan ziarah pada waktu Zohor.

Kebiasaannya, beliau akan membawa jemaah menziarahi kawasan tanah perkuburan pada waktu Asar.

“Apabila kita hendak pergi ke kubur, kita perlu tahu nombor kubur tersebut kerana tiada nama yang memudahkan pencarian, apatah lagi kawasan perkuburan yang sangat luas.

"Orang kita (rakyat Malaysia) tidak lagi ditanam di Ma'la sebab ada tanah perkuburan yang lain," kongsinya.

Ketika berada di tanah perkuburan, Ustaz Firdaus meminta jemaah tersebut mencari di arah lain, manakala beliau turut sama membantu mencari di kawasan lain.

"Kita berdoa sama-sama, Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Pertemukanlah kami dengan kubur ibu kepada jemaah ini," katanya.

Pelik semua burung berkumpul pada satu tempat

"Tengah cari-cari saya nampak banyak burung dekat satu tempat. Saya ikutlah gerak hati pergi. Pergi dekat situ.

"Saya tengok nombor. Memang ni batu nisan tu. Semua (burung) duduk keliling dekat batu tanda situ, " katanya.

"Ya Allah cemburunya orang yang khusnul khatimah.."

Jauh di sudut hati Ustaz Firdaus ketika itu terdetik, pengakhiran yang baik arwah ibu jemaah tersebut menjadi asbab mudahnya pencarian lokasi perkuburannya.

"Dia tahu anak sampai mungkin dekat situ Allah nak bagi tunjukkan dekat burung-burung tu.

"Burung-burung tu datang. Tunjuk ni kubur mak kau. Masa tu memang. Saya kata Ya Allah cemburunya..

"Cemburunya dengan orang yang khusnul khatimah. Sebab disolatkan dekat Masjidil Haram. Beberapa ribu orang. Beberapa juta orang doa," kongsi beliau.