Daripada Penjagaan Bayi Ke Keluarga, Applecrumby Menemani Setiap Fasa Kehidupan
Bagi ramai keluarga, penjagaan merupakan satu kitaran. Hari ini kita menjaga anak-anak kita, dan suatu hari nanti, kita mungkin pula menjaga ibu bapa yang semakin berusia. Realiti inilah yang menginspirasikan lembaran baharu Applecrumby.
Selepas 14 tahun menawarkan inovasi lampin yang lebih selamat dan mesra kulit, jenama tempatan ini kini melebarkan sayap ke luar segmen penjagaan bayi menerusi pelancaran Liv & Branche, lampin dewasa pertamanya. Langkah ini turut menandakan kemasukan sulung Applecrumby ke dalam kategori penjagaan dewasa.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan Anfaal binti Saari dan dihadiri barisan wakil institusi penjagaan kesihatan serta rakan industri. Ini mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan agenda penuaan sihat, menyokong penjaga serta mempertingkatkan kesejahteraan populasi warga emas Malaysia yang kian bertambah.

“Melalui Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor 2024-2030, Kerajaan Negeri komited memperkukuh ekosistem penjagaan dan memastikan sokongan sampai kepada golongan yang memerlukannya, termasuk warga emas, penjaga serta keluarga rentan.”
“Dengan meningkatkan sokongan kepada penjaga dan mewujudkan peluang kepada wanita untuk terus kekal atau kembali bekerja, kami berharap dapat membina sebuah masyarakat yang membolehkan seseorang menjaga insan tersayang tanpa perlu mengorbankan aspirasi atau kebebasan ekonomi mereka,” kata Yang Berhormat Puan Anfaal binti Saari.
Langkah ini bukan sekadar tentang peluasan rangkaian produk, tetapi juga mencerminkan komitmen lebih besar untuk menyokong keluarga Malaysia pada setiap peringkat kehidupan. “Ketika memulakan Applecrumby, kami hanyalah dua ibu bapa yang mahu memastikan anak kami selamat dan selesa. Bertahun-tahun kemudian, perkara yang sama masih kami bincangkan, cuma kini ia melibatkan ibu bapa kami sendiri atau ibu bapa rakan-rakan kami. Liv & Branche lahir daripada niat yang sama untuk membalas jasa mereka yang telah menjaga dan berkorban demi kami,” kata Pengasas Applecrumby, Sean dan Jesmine Tan.

“Masyarakat Malaysia hari ini membesarkan anak-anak sambil menjaga ibu bapa yang semakin berusia, kadangkala di bawah satu bumbung. Apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa populasi warga emas negara dijangka hampir berganda kepada 6.4 juta orang, atau 17% daripada jumlah penduduk, menjelang 2040, bagi kami ia bukan sekadar angka. Mereka ialah ibu bapa kepada seseorang, termasuk keluarga yang telah kami sokong sepanjang 14 tahun lalu.”
Majlis pelancaran itu berlangsung di Sunway Sanctuary, Sunway City, selari dengan fokus acara terhadap penuaan sihat dan aktif. “Di Sunway Sanctuary, kami percaya bahawa penuaan wajar diraikan sebagai satu fasa kehidupan yang bermakna, disokong oleh kesejahteraan holistik, gaya hidup aktif dan hubungan komuniti yang kukuh. Kami berbesar hati dapat menyokong acara bermakna ini bersama Applecrumby ketika ia memperluas skop penjagaannya bagi memenuhi keperluan keluarga dan warga emas yang sentiasa berubah,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Sunway Senior Living, Vivien Lim Siew Ling.
Pelancaran tersebut turut menandakan kerjasama yang semakin erat antara Applecrumby dan Sunway Sanctuary, berteraskan komitmen bersama untuk menyokong keluarga pada pelbagai fasa kehidupan menerusi penglibatan komuniti, pendidikan dan kesejahteraan.

Mengangkat Isu Penuaan Sihat dan Penjagaan ke Arus Perdan
Bersempena pelancaran tersebut, Applecrumby turut menganjurkan sesi forum bertajuk ‘Living Golden: Redefining What It Means to Age Well’ yang menghimpunkan tokoh daripada pelbagai bidang untuk membincangkan isu berkaitan populasi warga emas Malaysia yang semakin meningkat, realiti yang dihadapi penjaga serta bagaimana sektor perniagaan dan komuniti boleh bekerjasama untuk menyokong penuaan yang lebih sihat dan meningkatkan kesejahteraan warga emas negara.
Panel forum itu menampilkan COO dan Pengasas Bersama Applecrumby, Jesmine Tan; Pensyarah Sekolah Psikologi, Fakulti Sains Perubatan dan Hayat, Universiti Sunway, Dr. Arjun Thanaraju; Penasihat Kesihatan dan Kesejahteraan Sunway Sanctuary, Dr. Toh Ee Lyn; Pengasas SeniorsAloud Community, Lily Fu; serta penjaga dan aktivis advokasi Alzheimer, Natasha Alias.

Antara topik yang dibincangkan termasuk kepentingan membuat persediaan menghadapi masyarakat yang semakin menua, menangkis salah faham tentang proses penuaan serta pendekatan praktikal untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan gaya hidup aktif, terus berhubung dengan masyarakat dan menyokong insan tersayang dengan penuh maruah.
Di sebalik inovasi produk, Applecrumby percaya bahawa lebih banyak perbincangan perlu diadakan tentang isu penuaan, penjagaan dan maruah diri. Walaupun perbincangan tentang keibubapaan kini semakin meluas, isu berkaitan penjagaan dewasa dan tanggungjawab penjagaan masih kurang diberi perhatian meskipun memberi kesan kepada jutaan keluarga di seluruh negara.

Sokongan kepada Keluarga Melangkaui Produk
Berteraskan komitmen terhadap keselamatan kulit yang dipercayai keluarga di seluruh negara, Liv & Branche menampilkan teras penyerap antibakteria dan bebas klorin yang membantu mengekalkan kekeringan, kesihatan kulit serta ketenangan fikiran.
Diformulasikan dengan bahan berkualiti bagi melindungi kulit matang yang lebih sensitif, ia turut direka agar selesa dipakai dan tidak ketara di sebalik pakaian. Rangkaian ini dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan golongan dewasa yang memerlukan perlindungan harian yang boleh dipercayai, keselesaan dan maruah diri.

Sebagai sebahagian daripada komitmen tersebut, jenama ini turut aktif menyokong organisasi penjagaan warga emas, komuniti penjaga serta inisiatif impak sosial menerusi sumbangan produk, program kesedaran dan kerjasama komuniti.
Sungguhpun Applecrumby terus berkembang, misinya tidak pernah berubah. Daripada penjagaan bayi kepada penjagaan keluarga, jenama ini berharap dapat terus menyokong rakyat Malaysia dalam setiap fasa kehidupan mereka.
Liv & Branche SkinGuard+ kini boleh didapati melalui kedai dalam talian rasmi Liv & Branche. Sempena pelancarannya, Liv & Branche turut menawarkan promosi pelancaran khas kepada orang ramai. Maklumat lanjut tentang promosi tersebut boleh didapati menerusi saluran digital rasmi Liv & Branche.
