Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa

Daripada RM1,800 Ke RM2,500, Ini Kategori Yang ‘Confirm’ Dapat Dan Perlu Kemas Kini Mulai 1 Januari

Sofea

Sejak pembentangan Belanjawan 2022 pada bulan lalu, mesti ramai yang masih keliru atau tertanya-tanya mengenai inti pati dalam pembentangan tersebut, terutama mengenai bantuan baharu yang diperkenalkan. Adakah ia berbeza daripada bantuan-bantuan yang terdahulu?

Jangan keliru kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini hampir sama dengan bantuan terdahulu, namun ia telah ditambah baik dengan jumlah bantuan yang lebih tinggi. Menerapkan semangat ‘Keluarga Malaysia’, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyediakan bantuan yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.

Bagi yang masih tertanya-tanya, meh luangkan masa sekejap untuk baca dan faham mengenai BKM ini, terutamanya mengenai jumlah bayaran dan cara semak status pembayaran.

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Untuk pengetahuan anda, BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberikan lebih tumpuan. Menariknya, pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.

Kategori dan jumlah bayaran BKM

Menerusi BKM, isi rumah termasuk ibu tunggal dan warga emas yang terkesan turut mendapat manfaat. Jumlah pemberian BKM ini meningkat berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Kategori : Isi rumah

1. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500

  • Tiada anak: akan menerima RM1,000

  • Ada satu hingga dua orang anak: akan mendapat RM1,500

  • Ada tiga anak atau lebih: akan mendapat sebanyak RM2,000

2. Pendapatan isi rumah atas RM2,500

  • Tiada anak: akan mendapat RM400

  • Ada satu hingga dua anak: akan mendapat RM600

  • Ada tiga atau lebih anak: akan mendapat RM800

3. Ibu bapa tunggal yang ada anak tanggungan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000

  • Akan mendapat RM500

4. Warga emas yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah

  • Isi rumah: akan mendapat RM300

  • Bujang/ tiada pasangan: akan mendapat RM600

Kategori: Bujang

Bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Akan mendapat RM350

Perlu ke buat permohonan baharu?

Tidak perlu bersusah payah membuat permohonan baharu kerana data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan pemohon BPR yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disahkan kelayakan.

Namun, permohonan baharu bagi BKM perlu dibuat jika anda tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM.

Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat pula perlu melakukan kemas kini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan). Bagaimanapun, tarikh itu tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang akan diumumkan kelak.

Tarikh pembayaran

Setakat ini, tarikh pembayaran BKM tidak dimaklumkan lagi, bayaran akan dilakukan 4 kali setahun. Anda boleh menyemak status permohonan di laman web yang akan dilancarkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

Kaedah bayaran BKM

Sama seperti kaedah pembayaran bantuan-bantuan sebelum ini, penerima akan menerima wang menerusi dua cara iaitu:

Ada akaun bank

Berjaya kredit

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM

  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat

Gagal Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)

  • Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN

  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemas kini BKM

Tiada akaun bank

  • Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN

  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemas kini BKM

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Facebook, Instagram dan Twitter Kementerian Kewangan untuk mendapatkan info-info terkini mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan.