Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Data Eksperimen Kerja Empat Hari Seminggu Di UK Dedah Impak Positif Terhadap Pekerja & Syarikat

Kredit Independent UK

Data Eksperimen Kerja Empat Hari Seminggu Di UK Dedah Impak Positif Terhadap Pekerja & Syarikat

‘Eksperimen’ yang dijalankan bagi mengetahui impak kerja empat hari seminggu di United Kindom sebahagian besarnya dilaporkan menunjukkan hasil positif.

Menurut Independent, pada Jun tahun ini, 70 syarikat dan lebih 3,300 pekerja telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam eksperimen bekerja empat hari dalam seminggu terbesar di UK.

Percubaan selama enam bulan yang sedang berlangsung itu dianjurkan oleh penganjur bernama 4 Day Week Global.

Dalam eksperimen itu, pekerja dikehendaki bekerja mengikut model 100:80:100 di mana mereka terus menerima gaji penuh untuk 80 peratus daripada waktu mereka sebelum ini sebagai pertukaran untuk komitmen terhadap 100 peratus produktiviti.

Percubaan ini dilaporkan telah memasuki bulan keempat. Setakat ini, sejumlah 88 peratus responden memberi maklum balas kepada tinjauan mengenai percubaan tersebut dan menyatakan bahawa bekerja selama empat hari setiap minggu itu memberi impak yang baik pada mereka.

“Bagi mereka yang terlibat, peralihan ini adalah yang agak lancar dan bagi sesetengah orang terdapat beberapa halangan yang boleh difahami, termasuk mereka yang pernah bekerja dalam tempoh lima hari seminggu seperti sebelum ini,” kata Joe O’Connor, ketua eksekutif 4 Day Week Global.

“Produktiviti kekal tinggi dengan peningkatan kesejahteraan dalam pasukan, perniagaan kami berprestasi 44 peratus lebih baik dari segi kewangan,” kata Ketua Eksekutif di Trio Media.

Syarikat lain yang mengambil bahagian dalam percubaan itu dari pelbagai sektor termasuk perbankan, penjagaan, perniagaan dalam talian, latihan perisian IT, perumahan, studio animasi, hospitaliti dan banyak lagi.

Menurut laporan, penyelidik juga bekerjasama dengan setiap organisasi yang mengambil bahagian untuk mengukur impak ke atas produktiviti dalam perniagaan dan kesejahteraan pekerja, serta kesan terhadap alam sekitar dan kesaksamaan jantina.

Percubaan selama empat hari seminggu yang disokong kerajaan juga dilaporkan akan dimulakan pada akhir tahun ini di Sepanyol dan Scotland.

Sumber: Independent UK