Wanita menggalas pelbagai peranan dan tanggungjawab setiap hari. Haid tidak seharusnya menambah kerisauan mereka. Vinda Malaysia hari ini melancarkan Vera™, jenama penjagaan wanita baharu yang Direka Oleh Wanita Untuk Wanita. Vera™ direka untuk membantu wanita berasa selesa sepanjang kitaran haid mereka, agar mereka dapat menjalani kehidupan harian dengan penuh yakin.
Vera™ memahami tubuh, keperluan dan realiti kehidupan seharian wanita kerana produknya direka oleh wanita dengan dua ciri unik. Semua produk Vera™ menampilkan reka bentuk V-FIT™ reka bentuk pinggang kerengga yang mengikut lekuk badan wanita, serta saluran pengaliran unik V-FLOW™ yang mengagihkan aliran haid secara sekata untuk penyerapan pantas dan perlindungan daripada kebocoran, seterusnya dapat membantu wanita menjalani aktiviti harian dengan lebih selesa dan yakin.
Jenama ini turut disokong oleh pengalaman luas Vinda Malaysia dalam menghasilkan produk penjagaan dan kebersihan diri yang selamat dan berkualiti merentasi pelbagai kategori, termasuk tisu pengguna, penjagaan Wanita, penjagaan bayi serta lampin dewasa. Portfolio Vinda Malayia merangkumi Vinda, Tempo, Libresse, Drypers, Dr. P dan TENA.
“Vera™ berteraskan satu kepercayaan mudah: wanita paling memahami wanita,” kata Yapp Pau Ling, Ketua Pengurus Vinda Malaysia. “Janji kami, ‘By Women, For Women, period’, melangkaui produk di dalam bungkusan. Kami mahu membina ikatan persaudaraan sesama wanita agar mereka berasa dihargai, disokong dan cukup yakin untuk bercakap tentang haid tanpa rasa malu atau perlu meminta maaf. Daripada penjagaan harian kepada pengagihan percuma satu juta pek produk haid dan konsert serba wanita pertama di Malaysia, kami mahu Vera™ hadir di mana sahaja wanita berada, menyokong mereka dalam setiap peranan, setiap rutin dan setiap tempoh haid.”
SATU JUTA PEK TUALA WANITA
Menterjemahkan janji jenama kepada pengalaman sebenar, Vera™ memperkenalkan rangkaian produknya melalui pengagihan percuma satu juta produk haid kepada wanita di seluruh Malaysia.
Melalui aktiviti pelancaran dan program sekolah, kolej, universiti serta tempat kerja, satu juta pek produk haid Vera™ telah diagihkan di seluruh Malaysia, termasuk kepada pelajar kurang berkemampuan di sekolah-sekolah di Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan. Selain itu, Vera™ turut menjalankan program pendidikan kebersihan haid di sekolah, memperkasa pelajar perempuan dengan pengetahuan untuk lebih memahami dan menjaga tubuh mereka.
Inisiatif pengedaran pek produk haid di seluruh negara ini bukan sahaja memberi peluang kepada lebih ramai wanita untuk mengenali Vera™, malah mencerminkan komitmen jenama untuk menjadikan penjagaan haid berkualiti lebih mudah diakses dalam kehidupan seharian wanita.
Dengan merasai sendiri dua rekaan unik, V-FIT™ dan V-FLOW™, wanita dapat memahami dengan lebih dekat bagaimana Vera™ memenuhi keperluan penjagaan haid harian melalui kesesuaian pad pada tubuh, daya serapan serta perlindungan daripada kebocoran.
PENJAGAAN HAID DI PENTAS UTAMA
Berteraskan semangat yang meletakkan wanita sebagai keutamaan, Vera™ memperluaskan pelancarannya menerusi pelantikan Ernie Zakri dan Priscilla Abby sebagai duta jenama Vera™, serta menganjurkan konsert serba wanita pertama di Malaysia. Konsert di Surf Beach, Sunway Lagoon, menghimpunkan Ernie Zakri, Priscilla Abby, Vanessa Reynauld, Layla Sania, XONE serta DJ Bambi dan DJ Charisma dalam satu malam yang meraikan bakat, keyakinan dan semangat kebersamaan wanita.
DUA REKOD, SATU PENCAPAIAN PENTING YANG MENGUTAMAKAN WANITA
Pengagihan percuma dan konsert itu turut membolehkan Vera™ meraih dua gelaran daripada Malaysia Book of Records, iaitu Pengagihan Produk Haid Terbesar (The Largest Distribution of Menstrual Products), dengan satu juta pek produk haid diagihkan, dan Konsert Serba Wanita Pertama (First All-Women Concert). Kesemua inisiatif ini menghidupkan tujuan jenama Vera™ yang berteraskan prinsip “Direka Oleh Wanita, Untuk Wanita”, menjadikannya satu pengalaman yang dapat dialami oleh Wanita di Malaysia.

Rangkaian produk Vera™ merangkumi tuala wanita, pelapik seluar dalam dan seluar dalam haid, dengan pelbagai pilihan saiz serta rekaan untuk memenuhi keperluan penjagaan haid wanita yang berbeza. Antara produk tumpuannya ialah seluar dalam haid Daun Sirih yang baru diperkenalkan. Diperkaya dengan ekstrak daun sirih dan daun pegaga (Cica), produk ini membantu menghalang pertumbuhan bakteria, menenangkan kulit, di samping mengawal bau dan membantu kesegaran bahagian intim.
Seluar dalam haid Vera™ turut menampilkan rekaan berpinggang tinggi serta pengadang kebocoran di bahagian sisi untuk memberikan perlindungan menyeluruh V-360°™. Material yang lembut dan mesra kulit memberikan keselesaan ketika dipakai, manakala pita pelupusan memudahkan produk digulung dan dibuang selepas digunakan.
Produk Vera™ kini boleh didapati di pasar raya utama, kedai runcit setempat dan farmasi, serta dalam talian melalui Shopee (kedai rasmi Vera™), Lazada (Lazmall), TikTok stor rasmi Vera™ dan Vindamall. Sempena pelancarannya, Vera™ kini turut mengadakan peraduan “Peraduan Beli dan Menang”, yang memberi pengguna peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM1 juta, termasuk sebuah kereta baharu, beg mewah, jongkong emas dan pelbagai hadiah lain.
Untuk maklumat produk, promosi dan perkembangan terkini, layari www.veramalaysia.com.
