Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Demonstrasi #TURUN Dilapor Berlangsung Di KL Sebentar Tadi

Faiz Mustafa
Demontrasi #Turun
Gambar via Ahamd Zarul Afiq

Sekumpulan penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di kompleks beli-belah Sogo di tengah pusat bandar Kuala Lumpur dipercayai bagi mengadakan demonstrasi #Turun pada petang Sabtu, 23 Julai 2022.

Difahamkan, kumpulan demonstrasi itu berkumpul di luar pusat membeli beli-belah tersebut sekitar jam 2 petang tadi menurut laporan daripada beberapa sumber yang tular di media sosial.

Menerusi laman media Twitter menerusi #Turun, beberapa individu dipercayai ahli politik dan juga aktivis turut serta dalam demonstrasi berkenaan.

Pihak berkuasa juga kelihatan berada di lokasi demonstrasi berkenaan bagi memastikan keadaan di sana terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku.

Media sosial khususnya Twitter turut dipenuhi dengan perkongsian mengenai demonstrasi yang diadakan. Malah, tanda pagar #TURUN turut menjadi trending.

Sumber: Twitter