Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sisa kimia itu sepatutnya dilupuskan mengikut prosedur yang betul namun ada pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuangnya ke dalam sungai.
Berikutan perkara tersebut, sekolah berhampiran telah mengarahkan pelajar sekolahnya untuk mengosongkan kawasan tersebut, Pihak sekolah juga telah mengarahkan para ibu bapa untuk menjemput anak mereka dengan segera.
Akibat dari pencemaran gas tersebut, di dapati lebih dari 30 orang mangsa kini sedang dirawat di hospital berdekatan. Mangsa terdiri daripada pelajar sekolah, pekerja kantin dan pemandu van ambulans.
Lanjutan kes pencemaran sisa bahan kimia di sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang, semua pelajar diarahkan untuk pulang semula ke rumah setelah beberapa jam berada di sekolah.
Hal ini berikutan beberapa orang guru dan pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital. Mereka dikatakan muntah-muntah, pening dan loya walhal mereka semua dalam keadaan yang sihat sebelum hadir ke sekolah.
Seorang guru telah memuatnaik satu hantaran ke laman Facebooknya menceritakan situasi di tempat kejadian. Menurut Rosmini Mat Yaakub :








Di akhir postnya, beliau berharap agar pihak bertanggungjawab dapat memastikan kebersihan udara dan keselamatan di sekolah dahulu sebelum membukanya semula kepada pelajar.
Sumber : Rosmini Mat Yaakub