Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
denti frankie SAR
Gambar: Bernama

‘Denti’ Dan ‘Frankie’ Tangkas Beraksi Dalam Operasi SAR Gempa Bumi Turkiye

Iqbal Yasir

‘Denti’ Dan ‘Frankie’ Tangkas Beraksi Dalam Operasi SAR Gempa Bumi Turkiye

GAZIANTEP (Turkiye), 14 Feb (Bernama) — Dua “hero Batang Kali” yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara ke Turkiye sentiasa bersedia mencurahkan tenaga mereka dan tidak gugup beraksi walaupun berada di negara ‘orang’.

Aksi lincah anjing pengesan milik unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Denti dan Frankie ketika mengesan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit, memperlihatkan ketangkasan haiwan itu.

Keadaan cuaca yang amat sejuk serta berdebu tebal seakan tidak memberi apa-apa kesan kepada anjing jenis Labrador dan English Springer Spaniel yang menghidu di setiap rekahan dan lubang-lubang pada runtuhan untuk mengesan jika terdapat mangsa terperangkap.

Sambil mengibaskan ekor, kedua-dua anjing berkenaan terus fokus mendengar arahan pengendali masing-masing untuk ke kawasan mana yang perlu dihidu dan rekahan mana yang perlu dimasuki.

Pengendali haiwan tersebut, pegawai bomba Tony Albert Mani dan Y. Thibagaran bagaimanapun melahirkan sedikit kebimbangan kerana terdapat banyak benda tajam dan besi konkrit yang boleh mencederakan kaki dua ‘hero” itu.

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

Thibagaran yang mengendalikan Frankie berkata kedua-dua anjing berkenaan tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Nurdagi yang mencecah sehingga -10 Darjah Celsius, ketika waktu malam.

Katanya anjing berkenaan merupakan baka yang berasal dari negara yang beriklim sejuk.

“Setakat ini, kedua-dua ekor anjing ini tidak mempunyai masalah dari segi kesihatan dan pemakanan, malah kedua-duanya dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk turun ke lokasi pada bila-bila masa jika diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Sejak awal operasi, Denti dan Frankie ditugaskan bersama pasukan MAS-01 SMART dan MAS-10 dalam operasi SAR di beberapa lokasi runtuhan bangunan kediaman dan hotel di sekitar bandar ini.

Dalam pada itu, Ketua Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Ismail Abd Ghani berkata selain dua ekor anjing pengesan berkenaan, JBPM turut membawa peralatan khas untuk digunakan dalam misi SAR di Nurdagi antaranya, alat pengesan, alat pemotong besi keluli, penyendal, penampung beban sementara dan alat pemecah konkrit.

“Seramai 30 anggota JBPM dari seluruh negara terlibat dalam misi kali ini, melibatkan anggota STORM dan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) yang mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja SAR dan EMRS,” katanya.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria, Isnin lepas telah meragut puluhan ribu nyawa.

Kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar.

Sumber: BERNAMA