Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ADUN Melor Ajak Ride Santai Ke LTSIP, "Nok Ko Suasano Hujung Minggu"

Sofea
ADUN Melor Ajak Ride
Kredit: Facebook Wan Rohimi Wan Daud

ADUN Melor Ajak Ride Santai Ke LTSIP, "Nok Ko Suasano Hujung Minggu"

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud memaklumkan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menganjurkan konvoi motosikal dan Lepak Anak Muda bersama beberapa Yang Berhormat (YB) di Kelantan pada Sabtu.

Menurutnya dalam satu perkongsian di Facebook, konvoi itu akan bermula dari Kota Lama selepas menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi dan seterusnya bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Mereka juga akan berkonvoi melalui kawasan bandar dan berakhir di belakang Aeon Mall.

Program tersebut dijadualkan bermula pada jam 5 petang.

"Ramai-ramai datanglah… petang itu kita menunggang santai sahaja… jumpa rakan-rakan, lepak santai supaya ada suasana… YB pun ada sekali, boleh jumpa depan-depan," katanya.

"Bukan nak buat kacau apa-apa… kita nak menikmati dengan cara yang baik, cara yang berkelas, nak suasana hujung minggu.

"Yang penting… jangan tekan minyak kuat sangat, kita ride santai pusing Kota Lama, santai-santai bukan merempit, patuhi peraturan jalan raya, lampu merah jangan langgar

"Jom ramai-ramai tengok bangunan baru di lapangan terbang," katanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.