Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Di Sebalik Kepimpinan Tegas, Gelagat PM Anwar Bergurau & Mengusik Orang Ramai Jadi Sorotan
Sepanjang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berpengalaman dalam landskap politik negara.
Kepimpinan beliau bukan sahaja mencerminkan pengalaman politik yang panjang, malah turut menekankan nilai integriti, keadilan serta tadbir urus yang baik dalam pentadbiran negara.
Di sebalik cabaran politik dan ekonomi yang dihadapi, Anwar terus berusaha membawa pendekatan kepimpinan yang inklusif, berteraskan reformasi dan kesejahteraan rakyat, sekali gus meletakkan harapan baharu terhadap hala tuju Malaysia.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @anwaribrahimofficial, telatah beliau yang gemar mengusik dan bergurau dengan orang ramai sewaktu menghadiri pelbagai program nyata mencuit hati serta mencerminkan sisi santai Perdana Menteri.
Beberapa rakaman video gelagat beliau yang gemar mengambil telefon bimbit orang ramai secara berseloroh turut menjadi tular di media sosial.
Reaksi spontan orang ramai yang terkejut bercampur terhibur menjadikan suasana lebih mesra dan ceria.
Momen-momen spontan inilah yang sering kali memperlihatkan sisi insani beliau, sekali gus mendekatkan beliau dengan rakyat Malaysia.
Video berdurasi 6 minit 42 saat itu turut memaparkan beliau sempat ‘mengusik’ Syed Saddiq, pelajar sekolah, beberapa penduduk serta perdana menteri dari beberapa negara.
Pada tahun ini, Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah Kepengerusian ASEAN, sekali gus meletakkan negara di bawah tumpuan masyarakat serantau dan antarabangsa.
Di sebalik jadual rasmi, persidangan berprofil tinggi serta protokol yang ketat, Anwar tetap menampilkan pendekatan kepimpinan yang berjiwa rakyat.
Dalam perjalanan penuh tanggungjawab ini, ada keletihan yang dipendam, ada tawa yang tercetus tanpa dirancang serta ada doa yang tidak terucap namun dirasai.
Semua ini membentuk sisi kepimpinan yang jarang terlihat di hadapan lensa rasmi, namun cukup bermakna dalam menguatkan langkah untuk terus berkhidmat.
“Insya-Allah, saya akan terus memikul amanah ini dengan hati yang tidak pernah menjauh daripada kalian,” ujar @anwaribrahimofficial.
Sumber: @anwaribrahimofficial