Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dihanyutkan Arus Deras, Mayat Warga Emas Ditemukan Di Sungai Rek

Gambar sekadar hiasan

KUALA KRAI, 9 Jan (Bernama) — Mayat wanita warga emas ditemukan tersangkut di rumpunan rotan di Sungai Rek berdekatan sebuah chalet di Laloh kira-kira pukul 10.05 pagi semalam selepas dilaporkan hilang sejak seminggu lepas.

Mayat warga Thailand itu, Miss Maeyoh Beeru, 59, dijumpai orang ramai di sungai berkenaan dalam keadaan terapung.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohammad berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu.

Beliau berkata mayat berjaya dikeluarkan dengan bantuan penduduk kampung pada 12.20 tengah hari sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk pengecaman dan bedah siasat.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan daripada hasil bedah siasat kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mangsa dilaporkan hilang 2 Jan lepas setelah dihayutkan arus deras ketika mengharungi air sungai sedalam satu meter ketika banjir gelombang ketiga baru bermula di Kelantan.

Mangsa yang tinggal di Kampung Kebun Setambun dikatakan pulang dari kedai runcit dan cuba menyeberangi Sungai Rek untuk balik ke rumahnya yang terletak di seberang sungai.

— BERNAMA