Terkini

Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak

Dijemput Ajal Genap Sebulan Menikah

Azmil

Mereka dinikahkan pada 8 Nov lepas dan semalam, genap sebulan selepas menikmati hidup berumah tangga, pasangan Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24 dipanggil mengadap Ilahi setelah terlibat dalam kemalangan di sini awal pagi tadi.

Menurut ayah Mohamad Syahmi, Mohd Rawi Manab, 50, dia tidak menyangka hasrat anak sulungnya itu untuk menghantar barang adik bongsunya (lelaki) yang berusia 20 tahun ke Politeknik Muadzam Shah, Bandar Muadzam Shah akan berakhir dengan tragedi.

“Sepatutnya saya yang hantar, tetapi dia menawarkan diri untuk berbuat demikian kerana ingin berjalan-jalan ke rumah neneknya di Mersing sebelum berkonvoi Teluk Chempedak, Kuantan bersama sebuah lagi kereta.

“Semasa dalam perjalanan pulang itulah mereka terlibat dalam kemalangan dan menurut anak bongsu saya yang memandu sebuah lagi kereta, dia terdengar bunyi letupan sebelum menyedari kenderaan Mohamad Syahmi terlibat dengan kemalangan itu,” katanya ketika ditemui Bernama di Unit Forensik, Hospital Rompin di sini hari ini.

Sepanjang temu bual itu, Mohd Rawi yang berasal dari Johor Bahru tidak dapat menahan rasa sebak dan terpaksa berhenti beberapa kali bercakap disebabkan terlalu sedih dengan kejadian menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu.

“Barang-barang perkahwinan pun masih belum habis dikemas sebab dia dan isterinya bercadang untuk pindah ke rumah sewa di Taman Perling, Johor Bahru,” katanya.

Dalam kemalangan pada 1.30 pagi tadi, Mohamad Syahmi bersama isterinya Nur Diana maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang dinaiki 30 penumpang.

Kemalangan itu turut meragut nyawa dua lagi sepupu Mohamad Syahmi, Yasmin Afiqah Hazemi, 14, dan Yasmin Aliah Hazemi , 12.

Bagaimanapun ibu kepada dua beradik berkenaan tidak dapat ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kehilangan mengejut anaknya itu, malah turut kelihatan hampir pengsan selepas melihat jasad dua anaknya di dalam bilik mayat.

Sementara itu kakak kepada Nur Diana, Nur Hadira Aifa, 25 tidak menyangka pesanan adiknya kepada ibu mereka bahawa dia ingin bercuti lama di Mersing semalam merupakan petanda dia akan dikebumikan di situ.

“Dia beritahu hendak bercuti lama sedikit sebab ini kali pertama Nur Diana berjalan jauh ke rumah nenek Mohamad Syahmi di Sri Pantai Mersing selepas mendirikan rumah tangga pada 8 Nov lalu selepas setahun bercinta,”katanya.

Baru-baru ini, katanya adiknya yang merupakan anak ketiga daripada enam beradil itu juga sempat meninggalkan pesanan supaya memadamkan akaun Facebooknya jika terjadi sesuatu pada dirinya.

Jenazah kesemua mangsa difahamkan akan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Sri Pantai Mersing petang ini.

— BERNAMA