Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean

Dipercayai Brek Tak Berfungsi, Pemandu Treler Bawa Konkrit Ditahan Polis

Fildza Zainal

Susulan kemangan maut yang melibatkan sebuah treler dan lima buah kenderaan di Km 257 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora malam tadi yang mengakibatkan dua lelaki maut, pihak polis telah menahan seorang pemandu treler untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata pemandu treler berusia 41 tahun yang beralamat di Kedah itu ditahan bagi membantu siasatan lanjut, dan ujian saringan air kencing terhadapnya negatif.

Beliau berkata siasatan awal mendapati konkrit yang terjatuh mengakibatkan kerosakan pada lima kereta terdiri daripada Honda City, Perodua Axia, Nissan Sylphy, Proton Iriz dan Mercedes Benz serta sebuah treler lain yang melalui laluan di kedua-dua arah.

“Pemandu dipercayai cuba mengelak daripada melanggar kenderaan di hadapan dengan mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan lalu mengakibatkan tiang konkrit yang dibawa terjatuh dan dua daripadanya memasuki laluan bertentangan sebelum menghempap Honda City dan dilanggar kenderaan lain,” katanya.

Katanya lagi akibat kejadian itu, pemandu Honda City dikenali sebagai Leong Woei Ser, 34, dan penumpang Cheah Kim Seng, 60, maut di lokasi, manakala dua lagi penumpang kereta itu parah.

“Pemandu Perodua Axia dan pemandu treler mengalami cedera ringan, manakala pemandu tiga kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Razali, siasatan awal mendapati treler itu membawa muatan 18 tiang konkrit dari arah selatan dan brek kenderaan itu dipercayai tidak berfungsi, mengakibatkan pemandu hilang kawalan ketika menuruni bukit.

Sumber: BERNAMA