Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Cuba Elak Kucing, Kereta Dilapor Terbabas Hingga Sebabkan Kebakaran 7 Buah Rumah Dan 2 Orang Maut

Gambar: Tribun

Dipercayai gara-gara cuba mengelak kucing melintas, seorang lelaki dilaporkan telah kehilangan isteri dan salah seorang anaknya selepas kereta yang dipandunya terbabas, lapor Tribun.

Kejadian tersebut dilaporkan turut menyebabkan tujuh buah rumah hangus dijilat api.

Menurut Tribun, kebakaran tersebut berpunca selepas kereta yang dipandu oleh lelaki itu melanggar sebuah kios minyak.

Nasib malang yang dialami oleh lelaki berusia 36 tahun, seorang penduduk di Suka karya, Kota Palembang, Indonesia itu terpaksa diterimanya selepas kehilangan isteri dan anaknya yang berusia 3 tahun, sementara seorang lagi anaknya yang berusia 7 tahun hanya mengalami luka melecur.

Difahamkan, sebelum kejadian tersebut berlaku, lelaki itu dan isteri serta dua orang anaknya sedang dalam perjalanan dari Kota Palembang menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik PT Indolatu untuk menghantar bekalan daging.

Tanpa disangka, seekor kucing secara tiba-tiba telah melintas di jalan yang dilaluinya dan memaksanya untuk memusingkan stereng sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya itu terbalik, lapor Tribunnews

“Kejadian itu berlaku amat pantas sekali. Saya berusaha untuk mengelak kucing yang melintas itu,” ujar lelaki tersebut.

Kemalangan itu dilaporkan telah menyebabkan tujuh buah rumah musnah dijilat api.

Menurut Tribun, ketika lelaki itu sedang memandu di lokasi kejadian, seekor kucing hitam telah melintas daripada arah kanannya. Disebabkan itu, dia telah memusingkan sterengnya ke arah kiri dan telah menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh kios minyak yang tidak jauh daripada lokasi kejadian sehingga menyebabkan kebakaran.

Lelaki tersebut bersama salah seorang anaknya dilaporkan berjaya keluar daripada kereta menyelamatkan diri manakala isteri serta salah seorang lagi daripada anaknya yang berusia 3 tahun itu terperangkap dan terbakar sehingga meninggal dunia.

Tidak lama kemudian, api mulai sambar rumah yang berada berhampiran sehingga mengakibatkan 7 buah rumah yang lain terbakar akibat disambar api.

Sumber: Tribun