Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Main Tanpa Pengawasan, Doktor Temui Anak Panah ‘Dart’ Pada Usus Budak 9 Tahun

Seorang budak lelaki dari China dilaporkan ‘mempunyai’ anak panah yang tersangkut pada bahagian ususnya. Doktor telah menemui benda tajam berkenaan yang dianggarkan berukuran lima ke tujuh inci, ketika dia dibawa ke hospital, lapor Daily Mail.

Memetik laporan portal itu, budak lelaki berusia 9 tahun itu dikatakan berada bersendirian di rumah ketika dia dipercayai memasukkan anak panah dari ‘bahagian belakangnya’ dipercayai secara tidak sengaja.

Gambar: Daily Mail

Selepas mengetahui kejadian berkenaan, ibu bapa budak budak berkenaan telah membawanya ke hopital di bandar Hai’an bagi mendapatkan ratawan.

Semasa sesi kolonoskopi, doktor telah menjumpai anak panah di dalam usus budak lelaki berkenaan. Pegawai perubatan telah menyuntik sejumlah besar garam ke dalam usus budak lelaki itu bagi mengeluarkan kotoran. Mereka kemudiannya menemukan benda tajam berupa anak panah yang diliputi dengan najis.

Gambar Hiasan via Daily Mail

Doktor mengatakan bahawa, budak lelaki itu berkemungkinan berada di dalam bahaya sekiranya anak panah tersebut menembusi usus besarnya.

Sumber: www.dailymail.co.uk