Gara-gara permintaan mahu melakukan seks ditolak, seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya di sebuah pondok yang terletak di Situjuah Limo Nagari, Kabupaten Limapuluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia, lapor Tribun.
Pegawai polis bernama Mochamad Rosidi yang mengesahkan berkenaan kejadian tersebut menyatakan bahawa jasad mayat perempuan itu telah ditemui oleh warga setempat pada 9 Disember lalu.
“Kes pembunuhan ini bermula dengan penemuan mayat wanita tersebut di sebuah pondok pada 9 Disember lalu oleh penduduk setempat,” kata Mochamad Rosidi.
Pihak polis kemudiannya bertindak memeriksa dan mengenal pasti identiti mayat tersebut.
“Suspek telah ditangkap pada Rabu (16/12/2020) di Bukittinggi dan kini ditahan di balai polis,” lanjutnya.
Menurut Rosidi, kejadian pembunuhan itu bermula ketika suspek dan mangsa berjumpa di Situjuah Limo Nagari.
“Kemudian suspek membawa mangsa ke pondok yang merupakan lokasi pembunuhan itu,” katanya.
“Kemudian suspek telah mempelawa mangsa untuk bercumbu atau melakukan hubungan seks. Namun mangsa menolak dan menjerit,” sambungnya.
Panik kerana mangsa menjerit, suspek dilaporkan telah bertindak mencekik mangsa sehingga mati.
“Setelah mangsa meninggal, suspek telah meneruskan niatnya untuk bersetubuh dengan mangsa,” jelasnya.