Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Sukar Untuk Dapat Bantuan, Ini Nasihat Peguam Buat Golongan M40 Ketika Dilanda Krisis Ekonomi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu telah mempamerkan 1001 kisah derita mereka yang terkesan dengan impak ekonomi yang merudum. Ramai hilang kerja, hilang arah dan tiada apa yang boleh dilabur lagi.

Secara umumnya, golongan berpendapatan rendah atau B40 sering dianggap sebagai lapisan masyarakat paling terjejas dalam mana-mana krisis ekonomi, lebih-lebih lagi ketika COVID-19 ini.

Namun ramai yang tidak sedar, sebenarnya ada satu lagi golongan yang turut terjejas, malah boleh dikatakan jauh lebih ‘teruk’ berbanding B40 iaitu golongan pertengahan atau disebut sebagai M40. Percayakah anda dengan kenyataan ini?

Mungkin anda sukar untuk percaya, tapi inilah realitinya. Untuk lebih lanjut, apa kata kita dengar dulu penjelasan dan nasihat daripada peguam, Salkukhairi Abd Sukor (gambar) dalam satu perkongsian di Facebooknya di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Pada pandangan saya, GOLONGAN PERTENGAHAN adalah golongan yang paling terkesan sebenarnya akibat krisis ekonomi yang disebabkan oleh COVID 19 ini.

Siapakah golongan pertengahan yang saya maksudkan ini?

  1. mereka yang berumur 35 hingga 50 tahun,

  2. mereka yang bergaji rm4k – rm10k sebulan,

  3. kebiasaan golongan pertengahan ini mempunyai kerja tetap ataupun mempunyai perniagaan sendiri. Tetapi terjejas akibat COVID 19.

  4. bagi yang bekerja kerajaan kebiasaannya mereka dalam range gred 41 -48,

  5. mereka juga biasanya sudah mempunyai anak antara 4 – 9 orang,

  6. dan anak-anak mereka juga kesemuanya sedang belajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah ataupun di pusat pengajian tinggi.

  7. mereka kebiasaannya sudah memiliki rumah sendiri dan mempunyai kereta yang elok-elok, sama ada sebuah atau 2 buah (yang digunakan setiap satu masing-masing oleh suami dan isteri)

  8. golongan pertengahan ini adalah golongan yang paling ramai membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.

Kenapa saya katakan mereka lebih terkesan?

1) Kerana mereka ini duduk ditengah-tengah, antara golongan yang tidak berkemampuan dan golongan kaya.

2) Mereka ini tidaklah kaya tetapi tidaklah juga terlalu susah/ miskin. Tetapi mereka mempunyai tanggungan yang ramai dan komitmen kewangan yang besar/ berat.

3) Apabila berlaku krisis ekonomi sebegini, mereka terpaksa tidak bekerja.

4) Yang bekerja kerajaan setakat ini masih lagi dibayar gaji. Tetapi bagi yang bekerja swasta atau kerja sendiri, maka pendapatan mereka telah terjejas kerana mungkin majikan mereka tidak mampu untuk membayar gaji penuh kepada mereka atau bisnes mereka terjejas.

5) Bagi yang ada perniagaan sendiri, mereka terpaksa pula memikirkan untuk membayar gaji pekerja dan lain-lain perbelanjaan pengurusan perniagaan mereka, sedangkan pendapatan mereka mungkin telah berkurang/ terjejas.

6) Walaupun kerajaan melalui pakej rangsangan ekonomi menawarkan bantuan one-off sebanyak RM1K kepada golongan ini, tetapi saya percaya kebanyakan daripada mereka TIDAK LULUS untuk menerima bantuan tersebut.

7) Bukan itu sahaja, dari segi bantuan-bantuan lain pun, besar kemungkinan mereka juga tidak layak terima. Alasannya, mereka ada rumah sendiri (sekurang-kurangnya rumah teres) dan ada kereta elok paling kurang pun sebuah atau 2 buah.

8) Apabila ukuran itu menjadi kayu ukur dalam menerima bantuan, maka secara otomatik, mereka dilihat tidak layak terima sebarang bantuan baik daripada kerajaan ataupun pihak-pihak lain.

9) Bahkan saya percaya kebanyakan golongan ini juga malu untuk meminta-minta dan merayu-rayu bantuan. Mungkin mereka sendiri rasa tidak selesa untuk meminta-minta atau bimbang dipandang serong atau dimaki hamun oleh orang lain jika didapati mereka meminta bantuan. Walaupun hakikatnya mereka juga perlu dibantu.

Maka, sebab itulah saya fikir golongan pertengahan ini TIDAK BOLEH MENGHARAPKAN BANTUAN ATAU PERTOLONGAN DARIPADA KERAJAAN SEMATA-MATA.

Mereka perlu BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI. Sama ada mereka suka atau tak, THEY HAVE TO. NO CHOICE.

1) Mereka kena ada back up plan. Dan back up plan tu bukan baru buat semalam. Atau sebelum PKP. Tetapi seharusnya ia telah dibuat sejak beberapa tahun lalu lagi di saat mereka “sedang naik” dan income pun tengah stabil.

2) Mereka juga perlu ada contigency fund untuk menampung kehidupan mereka disaat-saat susah dan getir sebegini.

3) Dan mereka juga sejak dahulu lagi perlu mengamalkan langkah perbelanjaan berhemah dan mengikut kepentingan dan keperluan bukannya mengikut keinginan dan hawa nafsu mereka.

4) Kalau di waktu senang dahulu mereka tiada simpanan tetap setiap bulan, atau suka berbelanja tak ingat diri, asyik tukar kereta yang best-best, asyik pergi bercuti sana sini, tiada aset yang mudah dicairkan tatkala terdesak, tiada perlindungan takaful atau tiada rumah sendiri dan masih menyewa, maka apabila berlakunya krisis ekonomi yang mengejut seperti sekarang ini, sudah pasti mereka akan lebih merana.

5) Jadi sebab itulah saya fikir apa yang diajar oleh Allah Taala kepada kita dalam Al-Quran yang disampaikan melalui kisah Nabi Yusof dalam Surah Yusof patut diambil iktibar oleh golongan pertengahan seperti kita ini.

6) Beringat-ingatlah dan banyakkan pendapatan dan simpanan yang mudah dicairkan sewaktu kita senang dan ketika tengah establish, supaya hasilnya kita boleh tuai sewaktu kita susah dengan tiba-tiba nanti. Semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Tiada yang mustahil.

7) Maka sekiranya kita tiada simpanan, kita tiada pilihan lain, melainkan perlu ada exit plan untuk keluar daripada kesusahan tersebut seperti perlu pelbagaikan skill, ilmu dan strategi baru untuk mencari income lain bagi menampung kelangsungan hidup.

8) Jika tidak, kehidupan golongan ini akan jadi lebih tertekan berbanding golongan bawahan atau pun golongan atasan.

9) Inilah dilema sebenar yang dihadapi oleh golongan pertengahan di negara kita.

10) Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak.

Wallahuaklam

SALKUKHAIRI ABD SUKOR Kuantan, Pahang

Sumber: Salkukhairi Abd Shukor