Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Disuruh buat susu anak…” – Suami ‘Mamai’ Bawa Benda Lain Masuk Bilik
Kehadiran cahaya mata sememangnya anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga.
Tapi yang lebih manis, bila suami dan isteri sama-sama berkongsi tanggungjawab membesarkan si kecil dengan penuh kasih sayang.
Tak dinafikan, dalam bab urus anak, selalunya si isteri yang paling cekap dan ‘pro’.
Tapi para suami pun bukan calang-calang. Walau penat bekerja, mereka tetap cuba bantu seadanya. Kadang hasilnya menjadi… kadang pula, jadi bahan gelak satu rumah. Yang penting dah cuba, kan?
Baru-baru ini, tular satu perkongsian mencuit hati di Threads apabila seorang isteri berkongsi pengalaman lucu bersama suaminya pada tengah malam.
Katanya, ketika itu bayi mereka merengek minta susu. Dalam keadaan separuh mamai, si isteri kejut suaminya untuk tolong panaskan susu anak.
Tanpa banyak soal, si suami pun bangun, keluar dari bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa mangkuk.
“Saya pun ingatkan susu baby tu dah dalam mangkuk tu. Tak lama lepas tu, baby merengek lagi. Saya pun panggil suami suruh ambilkan susu dalam mangkuk tu sebab mungkin dah cukup panas.
“Tapi dia jawab, ‘Saya tak ambil pun susu baby tadi’. Dia pun keluar semula untuk ambil susu dan panaskan,” kongsi si isteri.
Bila si suami masuk semula ke dalam bilik, si isteri pun bertanya apa sebenarnya yang ada dalam mangkuk tadi. Tak disangka, jawapan suami buatkan mereka tergelak besar.
“Dia kata, dalam mangkuk tu susu untuk saya makan Coco Crunch. Weh random sangat, saya terus tergelak besar. Punya la mamai, disuruh buat susu anak, dia buatkan susu untuk bini dia pula,” cerita si isteri.
Perkongsian itu cepat menarik perhatian ramai di media sosial. Ruangan komen ‘banjir’ dengan kisah lucu geng-geng suami Malaysia yang senasib.
“Dulu kejut suami suruh panaskan susu, dia masuk bilik bawa blender dengan periuk mak kat dapur.”
“Saya pula minta suami buatkan susu anak, dia buat dalam keadaan mamai pastu bagilah susu kat anak, tapi anak reject. Ingatkan kenapa, lahhh sekali air masak je dalam botol, susu takde. Rupanya susu dah berterabur dekat lantai, dia pi tuang dekat lantai, bukan botol. Nampak sangat buat susu sambil pejam mata. Lepas dari kejadian tu saya yang ambil alih tugas buat susu anak setiap malam.”
“Husband saya terjaga sebab baby nangis. Dia tengok saya tukar pampers anak then dia pun duduk sekali. Pastu saya pelik tengok dia buka sarung bantal dia boleh tanya nak pakai balik ke pampers ni? Aku macam… Eh apahal dia ni, rupanya dia ingat bantal tu anak dia.”
BACA: Sampai Pakai Mic, Berdekah Tengok Abang Courier ‘Seru’ Owner Parcel
Sumber: Threads @nuraff_