Seperti yang kita tahu, berkat doa orang ramai dan usaha yang dilaksanakan oleh keluarga serta atas bantuan doktor-doktor pakar di London, adik Ainul Mardhiah telah selamat dibedah dan tumor seberat 200 gram di mulutnya telah berjaya dibuang.
Kisah mengenai bidadari kecil ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai pihak yang datang untuk membantu, malah ia juga telah menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, kaum, bangsa dan agama.
Itulah yang menyebabkan bapa kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin berasa terharu dan bangga dengan seluruh rakyat Malaysia.
Beliau sempat membuat tangkapan skrin beberapa komen netizen mengenai anaknya dan dikongsikan di laman Facebook beliau baru-baru ini.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa rakyat di negara kita masih mampu memupuk keharmonian dan bersatu-padu dalam mendepani sesuatu musibah. Tahniah, rakyat Malaysia.
Sumber: FB Ahmad Safiuddin
