Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

"Doa Seorang Ibu & Isteri" Abang Minyak Hitam Jalanan Capai Impian Miliki Lori Selepas Tujuh Tahun
Seorang individu yang dikenali sebagai “Abang Minyak Hitam Jalanan” baru-baru ini berkongsi detik bermakna apabila impiannya untuk memiliki sebuah lori akhirnya tercapai.
Menerusi hantaran Minyak hitam jalanan original di Facebook, beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan dan doa isteri buat dirinya.
"Doa seorang ibu dan isteri, kalau tak ada dia mungkin aku tak ada di tahap ini. Terima kasih sebab selalu ada ketika susah dan senang," ujarnya.
Difahamkan, beliau berusaha keras selama tujuh tahun demi merealisasikan impian memiliki sebuah lori bagi mengembangkan servis minyak hitam yang diusahakan.
Menurut hantaran tersebut, perkhidmatan minyak hitam berasaskan lori itu kini telah mula beroperasi dengan meliputi kawasan Tasik IKEA Damansara dari jam 2 petang hingga 5 petang, serta Taman Kota PJ, Kota Damansara dari jam 7 malam hingga 10 malam.
Dalam pada itu, orang ramai turut melahirkan rasa gembira melihat beliau yang sentiasa berkongsi rezeki dengan para pelanggan, malah ada yang menitipkan pesanan agar sentiasa menjaga hubungan suami isteri walau apa jua keadaan.
Sebelum ini, SK melaporkan motorsikal milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Dicky mengalami kerosakan pada lewat malam.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @minyakhitamjalanan, rantai motosikal lelaki itu putus manakala spocket depan turut hilang, menyebabkan dia terkandas.
Lebih menyedihkan, dia gagal mendapatkan bantuan daripada mekanik lain.
"Saya dapat nombor abang dari TikTok… saya dah call pomen lain tapi tak layan sampai kena block," luahnya.
Ketika membaiki motosikalnya, mekanik berkenaan sempat berborak dengan mengajukan beberapa soalan sehingga membuatnya terkedu.
Bagaimanapun, setelah selesai membaikinya, dia mengetahui baki wang pemuda itu juga cukup-cukup untuk kegunaan sendiri sahaja.
"Aku pun sampai je dekat dia, borak-borak la dengan dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kerja, dia nak bayar aku tengok dalam telefon dia ada duit cukup-cukup untuk dia je.
" Dalam hati aku, mungkin dia betul-betul memerlukan, aku pakai la duit infak untuk dia.
"Masa dia peluk aku korang jangan tanya la. aku memag tak boleh tahan dah.
"Setiap manusia pasti ada dugaan dan cerita sendiri, semoga abang ni kuat dan semangat amin," luah mekanik itu.
Tersentuh dengan situasi, mekanik tersebut beralah dan tidak mengambil upah sebaliknya mengganggap satu bantuan buat orang yang dalam kesusahan.
"Takpa.. tak payah bayar.. anggap ini rezeki awak.
"Hari ini saya tolong awak.. esok Allah tolong saya," katanya. sambil menambah kos ini sudah diinfakkan.
Sementara itu, pemuda berkenaan pada awalnya mahu menolak apa yang dikatakan mekanik berkenaan. Namun setelah dipujuk, dia tidak dapat menahan sebak dan memeluk erat mekanik itu.