Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Trump tipu penyata kewangan
Kredit AFP

Donald Trump Tipu Penyata Kewangan – Hakim Mahkamah New York

Syed Faisal Sayed Muhammad

Donald Trump Tipu Penyata Kewangan – Hakim Mahkamah New York

Donald Trump dilaporkan telah memberikan kenyataan palsu berhubung kekayaannya yang dianggarkan bernilai USD3.6 bilion (RM16.89 bilion) kepada pihak bank dan syarikat insurans, lapor BBC.

Keputusan itu menyelesaikan tuntutan utama yang dibuat oleh peguam negara dalam tuntutan sivilnya terhadap bekas presiden itu.

“Dokumen ini jelas mengandungi penilaian palsu yang digunakan oleh defendan dalam perniagaan,” tulis hakim.

Dakwaan terbaru itu merupakan tamparan hebat bagi Trump sebelum perbicaraan kes itu pada Isnin depan.

Seorang peguam Trump dalam kenyataannya pada petang Selasa menggelar keputusan hakim itu sebagai ‘pengguguran keadilan’.

Peguam Negara Letitia James telah menyaman Trump dan dua anak lelakinya pada September lalu.

Saman itu dibuat atas tuduhan menipu berkenaan nilai bersih kekayaan dan asetnya antara 2011 dan 2021.

Selain itu, James mendakwa defendan telah mengeluarkan rekod perniagaan dan penyata kewangan palsu

Tindakan pemalsuan itu didakwa bagi mendapatkan terma yang lebih baik dalam pinjaman bank dan perjanjian insurans agar dapat membayar cukai yang lebih rendah.

Dalam perbicaraan yang menuntut penyelesaian bagi baki enam tuntutan samannya, James juga akan menuntut penalti bernilai USD250 juta (RM1.1 bilion).

Dalam pada itu, Trump juga dilarang daripada menjalankan perniagaannya di negeri tersebut.

Perbicaraan bukan juri dijadualkan bermula 2 Oktober ini dan berlangsung sehingga bulan Disember depan.

Dalam tempoh pra-perbicaraan, James telah meminta Hakim Arthur Engoron dari mahkamah negeri New York untuk memuktamadkan tuntutannya.

Beliau berhujah bahawa mencari fakta tertentu yang tidak boleh dipertikaikan akan mempercepatkan proses perbicaraan.

Sementara itu, peguam bela untuk Trump menggesa agar saman itu dibatalkan, dengan alasan orang ramai tidak terjejas oleh tindakan Trump.

Hujah peguam bela Trump berkata bahawa pinjaman berkenaan tidak menjejaskan orang ramai sejak dahulu lagi.

Trump juga telah menafikan sebarang salah laku dan menolak kes pada Selasa lalu di New York.

Trump berkata tindakan itu adalah sebagai satu ‘pemburuan’ politik yang dibawa oleh seorang pendakwa yang berat sebelah.

Dalam satu kenyataan, peguam Trump berkata bahawa keputusan itu mengabaikan “prinsip perundangan, perakaunan dan perniagaan asas”.

Sebagai sebahagian daripada keputusan pada hari Selasa, Organisasi Trump diarah membatalkan lesen perniagaannya di New York dalam tempoh 10 hari.

Keputusan hakim itu tidak akan membubarkan syarikatnya tetapi ia boleh menamatkan kawalannya ke atas hartanahnya di New York.

Hartanah seperti Menara Trump dan Bangunan Trump di 40 Wall Street mungkin akan terkesan.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Semasa hujah di mahkamah pada Jumaat, seorang wakil peguam dari pejabat James berkata bahawa bekas presiden itu telah menandatangani beberapa kenyataan.

Kenyataan itu melibatkan penilaian berlebihan yang ditawarkan oleh penilai yang telah diupah oleh syarikatnya.

Rumusan penghakiman mendapati bahawa tingkah laku Trump lebih daripada sekadar bercakap besar tentang kekayaannya.

Hakim juga mendapati bahawa syarikatnya telah berulang kali berbohong mengenai hal ehwal kewangannya.

Difahamkan, pihak Trump juga sedang berusaha untuk menangguhkan perbicaraan di New York dan bertindak menyaman hakim.

Mahkamah rayuan ditetapkan untuk memutuskan keputusan itu pada minggu ini.

Sumber: BBC