Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
'Double Chin Alert': 9 Makanan Buat Pipi Makin Tembam
Gambar AI
'Double Chin Alert': 9 Makanan Buat Pipi Makin Tembam

suhaila

'Double Chin Alert': 9 Makanan Buat Pipi Makin Tembam

Wajah bulat dan pipi tembam kadangkala kelihatan comel namun bila ia mula disertai dagu berlapis, ramai yang mula berasa kurang yakin.

Tahukah anda, bentuk wajah bukan sahaja dipengaruhi oleh genetik atau umur tetapi juga oleh pemakanan harian kita?

Ada jenis makanan yang walaupun sedap dan menggiurkan, sebenarnya boleh menyumbang kepada pembentukan lemak di wajah dan menjadikan pipi lebih penuh dan dagu kelihatan berlapis.

Fenomena yang lebih dikenali sebagai double chin ini bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan tetapi kadangkala menjejaskan keyakinan diri dan cara seseorang berinteraksi dalam kehidupan seharian.

Apa yang lebih menarik, punca masalah ini sering berada dalam pinggan kita sendiri tanpa disedari.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi 9 jenis makanan yang kerap menjadi penyebab pipi makin tembam dan double chin atau dagu berlapis.

Dengan memahami makanan-makanan ini, anda boleh lebih bijak dalam membuat pilihan pemakanan dan mengekalkan wajah yang lebih segar.

Selain itu, ia turut membantu mengurangkan risiko double chin tanpa mengorbankan nikmat makan.

1. Makanan bergula tinggi

Gula adalah salah satu punca utama penambahan lemak badan yang tidak terkawal. Makanan manis seperti kek, coklat, aiskrim dan minuman bergula boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.

Apabila badan tidak dapat membakar gula ini dengan segera, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan di bawah kulit termasuk di pipi dan dagu.

Pengambilan gula secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan pipi kelihatan tembam malah boleh menjejaskan kesihatan gigi dan meningkatkan risiko diabetes sekiranya diamalkan secara berterusan.

2. Karbohidrat halus

Roti putih, nasi putih, pasta dan kuih-muih manis tergolong dalam karbohidrat halus yang cepat dihadam dan ditukar menjadi gula dalam darah.

Apabila karbohidrat ini diambil secara berlebihan ia akan meningkatkan simpanan lemak di seluruh badan termasuk di wajah.

Akibatnya, pipi kelihatan lebih penuh dan dagu cenderung membentuk lapisan tambahan. Untuk mengurangkan kesan ini, lebih baik menggantikan karbohidrat halus dengan versi bijirin penuh atau sumber karbohidrat kompleks yang lebih lambat dihadam.

3. Makanan bergoreng

Kentang goreng, ayam goreng dan makanan segera lain juga tinggi dengan lemak tepu dan lemak trans.

Lemak jenis ini mudah disimpan di bawah lapisan kulit. Ia akan menyebabkan wajah nampak bulat dan dagu menjadi berlapis.

Selain memberi kesan pada bentuk wajah, pengambilan gorengan secara kerap juga meningkatkan risiko penyakit jantung, kolesterol tinggi dan obesiti.

Walaupun sedap dan menggoda, gorengan sebaiknya diambil secara sederhana atau digantikan dengan kaedah memasak lebih sihat seperti stim, bakar atau panggang.

4. Makanan masin

Antara lain, makanan yang tinggi kandungan garam seperti mee segera, makanan tin, keropok masin dan snek masin lain juga boleh menyebabkan badan menahan air.

Retensi air ini menyebabkan pipi kelihatan bengkak dan dagu kurang jelas.

Selain kesan pada wajah, pengambilan garam berlebihan juga boleh memberi tekanan pada buah pinggang dan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Oleh itu, kawalan pengambilan garam adalah penting untuk mengekalkan bentuk wajah dan kesihatan keseluruhan.

5. Makanan proses

Makanan proses atau makanan segera pula biasanya mengandungi gabungan gula, garam dan lemak yang tinggi.

Contohnya seperti burger, nugget dan pizza segera. Pengambilan secara kerap makanan jenis ini boleh meningkatkan simpanan lemak badan termasuk di wajah dan akan menyebabkan pipi tembam dan dagu berlapis.

Di samping itu, makanan proses juga kurang mempunyai kandungan nutrien penting seperti vitamin, mineral dan serat. Kekurangan nutrien ini akan menjadikan diet harian kurang seimbang.

6. Minuman bergas dan manis

Di samping itu juga, soda, minuman tenaga dan jus manis sentiasa menjadi pilihan ramai kerana rasa manis dan menyegarkan.

Namun, kandungan gula yang tinggi dalam minuman ini akan memberikan kalori tambahan tanpa rasa kenyang. Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada simpanan lemak di pipi dan dagu.

Jika diambil secara kerap, bukan sahaja wajah menjadi bulat tetapi risiko kegemukan dan masalah kesihatan seperti diabetes juga meningkat.

Minuman manis sebaiknya digantikan dengan air kosong, teh hijau atau infusi buah-buahan tanpa gula tambahan.

7. Alkohol

Pengambilan alkohol juga boleh menjejaskan metabolisme lemak dalam badan. Alkohol tidak hanya meningkatkan pengumpulan lemak malah menyebabkan badan menahan air. Keadaan ini sekali gus akan membuatka wajah lebih bulat.

Selain kesan fizikal, alkohol juga boleh mengganggu kualiti tidur, mengurangkan motivasi untuk bersenam dan mengubah selera makan.

Akibatnya, pengambilan alkohol berlebihan secara berterusan boleh mempercepatkan pembentukan pipi tembam dan dagu berlapis.

8. Snek ringan tinggi kalori

Snek ringan seperti kerepek kentang, coklat bar dan biskut kemasan walaupun kelihatan kecil, ianya tinggi kalori dan mudah dimakan berlebihan.

Lemak dan gula yang terkandung dalam snek ini mudah disimpan dalam badan termasuk di pipi dan dagu.

Mengambil snek secara berlebihan juga boleh menyebabkan pengambilan kalori melebihi keperluan harian dan seterusnya mempengaruhi bentuk tubuh dan wajah.

Sebagai alternatif, menggantikan snek ini dengan buah-buahan segar, kekacang atau yogurt rendah lemak boleh membantu mengekalkan bentuk wajah yang lebih kemas dan sihat.

9. Makanan tinggi lemak tepu

Daging berlemak, keju penuh lemak, mentega dan krim merupakan sumber lemak tepu yang tinggi.

Pengambilan yang berlebihan boleh meningkatkan lemak badan secara keseluruhan termasuk di wajah dan seterusnya mencetuskan pipi tembam dan dagu berlapis.

Selain itu, lemak tepu juga banyak meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular jika diambil tanpa kawalan.

Sebaiknya pilih versi rendah lemak atau hadkan saiz hidangan untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan bentuk wajah yang lebih segar

Secara keseluruhannya, pipi tembam dan double chin bukan sahaja dipengaruhi oleh pemakanan tetapi juga faktor genetik, umur dan tahap aktiviti fizikal.

Namun pengambilan makanan tinggi gula, garam, lemak dan makanan proses secara berlebihan dapat mempercepatkan pembentukan lemak di wajah.

Kawalan diet yang seimbang, pengambilan air mencukup dan gaya hidup yang aktif adalah kunci untuk mengekalkan bentuk wajah yang lebih segar dan menarik.

Langkah ini dapat dilakukan tanpa perlu mengorbankan kesihatan tubuh secara keseluruhan.