Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dr Mahathir Hadir Perjumpaan Bersama Kepimpinan Bersatu

Gambar: Bernama

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri perjumpaan bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya.

Dr Mahathir tiba di sini pada pukul 4.48 petang dengan memandu sendiri kereta Audi (WVB 55).

Kehadiran beliau disambut dengan laungan “Hidup Tun” oleh lebih 20 penyokong.

Terdahulu turut kelihatan tiba di YKP ialah Ketua Armada Syed Saddiq Abd Rahman, Datuk Abdul Kadir Jasin dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sumber: Bernama