Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Gempa Bumi Gegar Filipina Ragut Lima Nyawa

Gambar : Mirror

Manila : Lima orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam dua gempa bumi yang melanda kepulauan Batanes di utara pulau Luzon, Filipina pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Iklan

Gabenor Batanes, Marilou Cayco, memberitahu media tempatan seramai lima orang dilaporkan maut dan 12 lagi cedera dalam gempa pertama berukuran 5.4 magnitud yang berlaku Sabtu. Gegaran turut merosakkan sebuah gereja lama dan kediaman, tambah beliau.

Gambar : Mirror

Gempa pertama melanda pada 4.16 pagi waktu tempatan, dengan kedalaman 12 kilometer, kira-kira 12 kilometer timur laut bandar Itbayat. Gempa kedua berukuran 6.4 magnitud berlaku pada 7.38 pagi waktu tempatan.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata gempa kedua melanda dengan kedalaman 43 kilometer kira-kira 19 kilometer barat laut Itbayat.

Menurut institut itu, gegaran turut dirasai di bandar Basco dan Sabtang selain boleh mencetuskan gempa susulan.

Sumber : Bernama