Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kereta Api Bertembung Ragut Sekurang-kurangnya 30 Nyawa, 50 Lagi Cedera

Foto: The New York Post

ISLAMABAD, 7 Jun – Nahas kereta api di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada Isnin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa manakala lebih 50 yang lain cedera, lapor Agensi Berita Xinhua.

Insiden itu berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki, memetik media tempatan.

Nahas berlaku selepas kereta api Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan kereta api Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Pasukan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

— BERNAMA