Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Lelaki Dilaporkan Hilang Ditemukan Meninggal Dunia

Hannah
hilang meninggal dunia
Kredit: Bernama

Dua Lelaki Dilaporkan Hilang Ditemukan Meninggal Dunia

IPOH, 9 Julai (Bernama) — Dua lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam dan 27 Jun lepas setelah keluar dari rumah masing-masing ditemukan meninggal dunia di dua lokasi berasingan di Ayer Tawar, Sitiawan dekat Manjung hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 9.39 pagi tadi daripada orang awam mengenai penemuan mangsa pertama yang berusia 50 tahun di dalam kebun kelapa sawit di Jalan Taman Sri Perak 2.

“Mangsa kedua berusia 55 tahun pula ditemukan di sebuah rumah kosong di Lorong 1, Taman Biru kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan mayat telah reput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan maklumat ke Balai Polis Ayer Tawar di talian 05-6722222 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau hotline WhatsApp 017-6828005,” katanya.

BACA: Polis Kesan Kumpulan Remaja Tunggang Basikal Lajak Secara Berbahaya Di Jambatan Angkat

Sumber: BERNAMA