Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Lelaki Ditahan, Dadah Seberat 451 Kg Bernilai RM14.9 Juta Dirampas
SHAH ALAM — Sebanyak 451 kilogram (kg) dadah bernilai RM14,9 juta berjaya dirampas dalam sindiket pengedaran dadah di Rawang pada Selasa.
Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu dua suspek iaitu lelaki masing-masing berumur 22 dan 33 tahun berjaya diberkas.
Difahamkan tangkapan itu dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dua hari lalu.

Tambah beliau, sebanyak 10 guni putih mengandungi 503 bungkusan plastik berwarna keemasan dirampas dalam sebuah kenderaan jenis Nissan Navara.
Pada bungkasan tersebut juga tertera tulisan ‘Freeze-dried Durian’.
“Bungkusan terbabit disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 451 kilogram.
“Kedua-dua suspek yang ditahan dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ yang membawa dadah dari negara jiran melalui Kelantan ke Selangor.
“Bekalan dadah yang dirampas ini boleh dibekalkan kepada 2.1 juta pengguna dadah jenis syabu dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak 0.2 gram seorang,” ujarnya dalam satu sidang media di Ibu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Khamis.
Maklum Hussein, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 39A(1), 12(2), 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Tambahan lagi, dua lelaki yang ditahan kes dadah itu juga tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Tindakan juga akan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengesan dan menyita harta-harta yang diperoleh daripada hasil aktiviti pengedaran dadah.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 1 hingga 7 Mac ini,” maklumnya.
Kata beliau, ia merupakan rampasan terbesar di Selangor dan kedua terbesar pada tahun 2023.
Sehubungan itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.
Sumber: Sinar Harian