Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Lelaki Maut Ketika Cuba Selamatkan Ibu Yang Hampir Lemas Di Sungai Air Beruk

GERIK: Sekurang-kurang dua lemas ketika menyelamatkan ibu mereka yang lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, Abdul Rahman Ramli, 26 dan juga abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42 ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama-sama ibu, adik-beradik dan anak saudara pergi ke sungai itu untuk mandi.

Semasa mandi, ibu mangsa dikatakan hampir lemas hingga menyebabkan mangsa cuba untuk menyelamatkannya.

Mangsa juga dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat lemas.

Sumber: Sinar Online