Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Kredit: Bernama

Dua Maut, Seorang Cedera Kemalangan Tiga Motosikal Di Tanah Merah

Azizah Najib

Dua Maut, Seorang Cedera Kemalangan Tiga Motosikal Di Tanah Merah

TANAH MERAH, 9 Januari (Bernama) — Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu Hitam, Kampung Batang Bergedik di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata mangsa Abdul Karim Jusoh, 45 meninggal di tempat kejadian manakala Muhammad Alif Zaqhwan, 18, meninggal di Hospital Tanah Merah.

Beliau berkata dalam kejadian pada 8.30 malam itu, Muhammad Alif yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135CL dari arah Gual Ipoh hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan telah bertembung dengan Abdul Karim yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Kampung Peralla ke Gual Ipoh.

“Seorang lagi mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berada di belakang Abdul Karim tidak sempat mengelak dan melanggar Muhammad Alif yang berada di atas jalan menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Mangsa yang cedera telah dibawa ke Klinik Kesihatan Gual Ipoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kami memohon orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Insp Mohd Afiq Mohd Sulaiman di talian 0133533653,” katanya.

BACA: KPM Nafi Dakwaan Kebocoran Kertas Peperiksaan Sejarah SPM 2024

BACA: Tous les Jours Kini Bertapak di Malaysia: CJ Foodville Ganding Bahu Dengan Stream Empire Holdings Untuk Lancaran Pengalaman Bakeri Perancis-Korea

Sumber: Bernama