Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Kredit BERNAMA

Dua Nelayan Masih Hilang Selepas Bot Karam Di Batu Pahat

Syed Faisal Sayed Muhammad

Dua nelayan masih hilang selepas bot karam di Batu Pahat

BATU PAHAT, 15 Sept (Bernama) — Dua nelayan masih hilang manakala dua lagi selamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Parit Hailam, dekat sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) diaktifkan pada 5 petang selepas mendapat makluman daripada orang awam mengenai kejadian itu.

“Bot itu yang keluar memukat ikan dikendalikan empat kru warga tempatan dipercayai bertembung dengan ombak besar menyebabkannya terbalik dan karam di kedudukan kira-kira 9.6 batu nautika barat daya Parit Hailam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Te Chia Rong, 38, dan Chia Hock Heng, 60, hilang dipercayai akibat tidak sempat keluar dari bot kerana sedang tidur ketika kejadian manakala Te Chia Haur, 40, dan Tee Kian Muar, 33, berjaya diselamatkan oleh nelayan lain yang berada berhampiran dengan lokasi.

Chia Haur dan Chia Rong ialah adik-beradik, katanya.

Mohd Haniff berkata bot Kilat 47 dari Zon Maritim Batu Pahat telah diatur gerak ke lokasi dan mendapati bot nelayan terbabit tidak kelihatan kerana telah tenggelam sepenuhnya.

Beliau berkata mangsa yang selamat dibawa pulang ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut beliau, Op Carilamat diteruskan hari ini dengan tambahan aset dan anggota daripada APMM serta dibantu oleh Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sumber: BERNAMA