Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
dua parti sertai umno zahid
Gambar: Facebook Zahid Hamidi
Dua Parti Dipimpin Bekas Ahli Mohon Sertai Semula UMNO – Ahmad Zahid

Iqbal Yasir

Dua Parti Dipimpin Bekas Ahli Mohon Sertai Semula UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — UMNO menerima dua permohonan penyertaan secara en bloc, termasuk daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang diterajui bekas ahli parti itu, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, berkata satu lagi permohonan melibatkan sebuah parti lain, namun enggan menamakan parti berkenaan.

Beliau berkata beliau sudah berbincang dengan Kadir yang menyatakan hasrat menyerahkan Ikatan untuk diserapkan ke dalam UMNO.

“Saya sudah bercakap dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang mahu menyerahkan partinya kepada kita untuk diserapkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata semua permohonan penyertaan itu akan diteliti Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang diumumkan penubuhannya semalam.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai pengerusi jawatankuasa berkenaan bagi memastikan setiap permohonan diurus dan diputuskan mengikut peraturan dan Perlembagaan UMNO.

Mengulas kebimbangan ahli UMNO mengenai kemungkinan bekas ahli parti dicalonkan pada pilihan raya akan datang, Ahmad Zahid menegaskan keputusan muktamad terletak di bawah bidang kuasanya.

“Semalam, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan dialog dengan beberapa ahli UMNO yang menyuarakan kebimbangan berkaitan perkara itu. Insya-Allah, saya masih Pengerusi Barisan Nasional yang akan menandatangani watikah pencalonan, jadi keputusan adalah di tangan saya.

“Walaupun kerusi berkenaan sebelum ini dimiliki mereka, sekiranya menyertai UMNO, saya tetap akan membuat keputusan mengenai calon yang akan bertanding,” katanya.

Semalam, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi meneliti dan mempertimbangkan kemasukan semula serta penyertaan mana-mana individu atau kumpulan secara en bloc ke dalam UMNO.

Sumber: Bernama