Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua orang pekerja dilaporkan berjaya diselamatkan selepas terjatuh di dalam tangki dipenuhi coklat, dalam kejadian yang berlaku di kilang Mars M&M di Pennysylvania pada Khamis.
Memetik laporan CNN, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Seorang mangsa dibawa menaiki ambulans dan seorang lagi diangkut dengan helikopter,” kata penolong penyelia Lancaster County 911 Dispatch, Nick Shoenberger.
Bagaimanapun, tahap kecederaan mereka tidak dinyatakan.
Sementara itu, bagaimana kedua-dua mangsa boleh terjatuh ke dalam tangki coklat itu juga tidak dapat dipastikan.
“Krew bomba telah menarik mereka keluar dengan membuat lubang di bahagian tepi tangki tersebut,” kata penyelia komunikasi Lancaster County 911 Dispatch, Brad Wolfe.
Kilang itu yang terletak 12 batu dari Hershey, Pennyslvania terkenal kerana menghasilkan pelbagai produk termasuk coklat M&Ms dan Dove.
Sumber: CNN