Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kenderaan - Polis

Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Dua penunggang basikal warga tempatan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata kemalangan berlaku pada 10.15 malam, melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an serta dua penunggang basikal lelaki masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu telah mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua penunggang basikal tersebut.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang basikal disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala,” katanya.

Beliau berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Intipati
  • Dua penunggang basikal tempatan maut dirempuh kenderaan di Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya.
  • Kemalangan berlaku pada 10.15 malam, melibatkan pemandu lelaki tempatan berusia 40-an.
  • Polis meminta orang ramai atau saksi kejadian menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan